RSS
Banner5

Oct 29, 2013

TEH HIJAU @ green tea




Perumpamaan Cina :
"Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea".









GREEN TEA telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan. Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. 



Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:
-hijau
-hitam
-oolong

Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.
Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.
Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.

Kenapa GREEN TEA Istimewa?

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.

Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau
Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan . Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
· Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.


2.Membantu mengawal paras gula darah
· Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah
· Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4.Menguatkan sistem imun
· Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5.Menurunkan aras kolesterol
· Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6.Menggalakkan pembakaran lemah
· Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman

Green Tea Extract (ECGC)

GREEN TEA (ECGC)
RM 62.00 (30 Capsule)
Teh Hijau mempunyai komponen aktif Poliphenol atau Catechins. Catechins dalam teh mengandungi Epicgallocatechin-3-gallate (EGCG), Epicatechin-3-gallate, Epicatechin Epigallo catechin, Gallocatechin gallate dan Catechin.

EGCG adalah egen yang paling berkesan dalam proses anti oksidan. Ia adalah 25-100 kali lebih efektif daripada Vitamin C dan Vitamin E.

Kajian menunjukkan bahawa Teh Hijau boleh:
  • Mengurangkan lemak dengan merangsang pengoksidaan lemak
  • mengurangkan lipid dalam darah
  • membantu untuk mencegah trombosis dan baik untuk jantung
  • berfungsi sebagai anti oksidan dan antikanser
  • menghalang pembentukkan banyak strain bakteria yg merupakan penyebab kerosakkan gigi.

KUNYIT

Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya mampu membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.

Bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Kunyit merupakan bahan dapur yang memilik banyak khasiat. Ia sejenis tanaman rempah-ratus sebagai pelengkap perencah dapur yang sangat terkenal di negara kita. Kunyit tergolong dalam kelompok halia dengan warna yang khas iaitu kuning. Rasanya agak pahit, sedikit pedas serta mempunyai aroma khas dan ubi/isi berwarna kuning kejingga-jinggaan. Batangnya berwarna hijau atau agak keunguan, berdaun 4 hingga 8 helai dan berbunga coklat serta berwarna kemerah-merahan dan kuning di tengahnya.

Menurut sebuah kajian dalam Neurobiology of Aging, curcumin iaitu suatu sebatian yang terdapat dalam kunyit yang sering digunakan sebagai bahan masakan, antara lain ialah kari, dapat mengurangkan inflamasi dan pengoksidaan yang merosakkan sel-sel otak yang mempengaruhi ingatan. Kajian pada sebatian anti-inflammatory lain juga menunjukkan, semakin awal mengamalkan sebatian ini, semakin kecil kemungkinan untuk mendapat penyakit alzheimer.

Para penyelidik menganjurkan untuk memakan masakan yang mengandungi kunyit 3 kali seminggu. Kita beruntung kerana selain kari, kita masih mempunyai banyak masakan lain yang menggunakan rempah kunyit. Yang paling mudah ialah minum kunyit asam yang sudah terkenal khasiatnya.

Kari membunuh sel-sel kanser, jadi ia baik untuk membantu mencegah kanser kolon. Kajian laboratorium di Louisiana State University menemui, curcumin, pigmen kuning di dalam kunyit, menghancurkan 25% sel-sel kanser kolon dalam 24 jam. Dapatkan 1/2 sudu teh kunyit setiap hari dan tambahkan pada sup, nasi atau salad. Kunyit dalam masakan kari dikatan membantu mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan sistem imun, selain dapat mencegah alzheimer dan penuaan.

Rata-rata daripada kita menggemari masakan kari. Kari berasal dari bahasa 'Tamil' yang bererti sos atau pelbagai jenis masakan sayur-sayuran dan daging dari India Selatan yang dimakan bersama nasi putih. Kari juga dikatakan sebagai nama untuk berjenis-jenis makanan yang menggunakan campuran bahan dan rempah ratus sehingga mempunyai rasa berempah yang pedas. Antara bahan yang digunakan untuk membuat kari termasuklah ketumbar, lada, cili, serbuk lada benggala, jintan putih, jintan manis, kunyit, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, daun kari dan cengkih. Manakala serbuk kari (curry powder) merupakan campuran dari pelbagai jenis bahan dan rempah yang pertama kali dibuat oleh orang Inggeris yang rindu pada masakan kari India.

Jika anda bukan penggemar kari, anda boleh mencuba pais, gulai kuning atau masakan-masakan yang menggunakan bahan kunyit. Selain itu serbuk kunyit juga boleh ditabur pada makanan seperti telur, ikan, ayam, daging, nasi, mi dan sayuran, sos stik dan barbeku. Kunyit juga boleh digunakan sebagai pengganti halia pada masakan Asia atau India.

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam

Manakala dipandang dari sudut saintifik pula, kunyit diyakini baik sebagai;

- Agen antiseptik dan antibakeria semulajadi yang sangat berguna dalam pembasian luka serta kesan terbakar.

- Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.

- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.

- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.

- Dapat menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheumer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.

- Boleh mencegah daripada berlaku pelbagai bentuk kanser yang berbeza jenisnya.

- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.

- Boleh membantu dalam metabolisma lemak dan membantu dalam penurunan berat badan.

- Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri-ciri anti-radang, ia adalah satu rawatan semulajadi untuk artritis dan artritis reumatoid.

- Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel serta mengurangkan kesan sampingan.

- Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.

- Menghentikan pertumbuhan saluran darah beku di dalam tumor barah.

- Sangat pantas dalam penyembuhan luka-luka serta membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.

- Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain-lain keadaan kulit radang.

Kita beruntung kerana kaya dengan masakan tradisional dengan rempah segar termasuk kunyit. Sama ada kita mahu atau tidak untuk meneruskan rutin nenek moyang yang rajin makan makanan berempah agar tubuh kekal sihat. Ia merupakan sebuah rawatan kesihatan yang murah dan mudah yang perlu terus kita kekalkan.

Curcuma Capsule

KUNYIT adalah sejenis herba semulajadi yang diubah menjadi produk kesihatan. Kajian penyelidikan klinikal telah membuktikan kunyit mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan termasuklah :
1. Baik untuk fungsi usus dan hati. mengurangkan GASTRIK dan meningkatkan penghadaman

2. Meningkatkan fungsi jantung , peredaran darah , menurunkan darah beku di jantung dan memberi perlindungan daripada kerosakan otak

3. Khusus untuk menghalang pertumbuhan dan kematian sel yang disebabkan oleh kanser , seperti kanser usus besar , pundi kencing , prostat , nodus limfa , sel-sel darah putih , paru-paru , hati ,payudara , ovari dan kanser serviks

4. Memberi perlindungan kepada otak : melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer

5. Melawan penyakit malaria..

DISYORKAN KEPADA MEREKA YANG ADA MASALAH GASTRIK & IBU BERPANTANG!!
Harga: RM 35.00
Kod : 41008 - 06


CURCUMA CAPSULE (kapsul kunyit)
KHASIAT KUNYIT 
  1. membantu proses penghadaman
  2. mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut
  3. membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah
  4. melancarkan peredaran darah
  5. menghilangkan kesan lebam
  6. menguatkan pundi hempedu
  7. menyekat pembekuan darah yang bahaya
  8. mengurangkan toksin hati
  9. membantu memetabolismakan lemak
  10. membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri
  11. mengurangkan paras kolesterol darah
  12. membunuh sel kanser, terutamanya kanser esofagus
  13. meransang sel dalam sistem imuniti
  14. antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka lebam
  15. merawat arthritis (sakit sendi)
  16. merawat asma (lelah),
  17. merawat jaundis (sakit kuning)
  18. digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan
  19. mengecutkan rahim dan mencuci darah
  20. pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.
Dengan kapsul ini  memudahkan anda mengamalkan KUNYIT untuk amalan harian anda.

Oct 8, 2013

Mitos dan FAKTA bawang putih

BAWANG putih sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tidak kira di mana dan apa bangsanya. Selain kegunaannya dalam masakan, bawang putih juga menjadi bahan perubatan tradisional.

Kegunaannya merentasi kaum lantaran manfaat bawang putih sememangnya tidak boleh diperkecilkan. Garlicine!

Sebab itu semua sependapat bahawa bawang putih merupakan bahan makanan yang ajaib - sarat dengan nutrien, vitamin, mineral dan bersifat antioksidan. Lebih daripada itu, ia merupakan bahan masakan rendah kalori selain rasanya yang tersendiri menambah keenakan banyak hidangan.

Tentunya ramai yang ingin tahu fakta nutrisi di sebalik bawang putih.

Seulas bawang putih mengandungi:

* 1.76 gm air

* 4 kalori

* 0.19 gm protein

* 0.1 gm serat

* 0.99 gm karbohidrat

* 0.03 gm gula

* 0.01 gm lemak

Bebas kolesterol atau lemak tepu.

Bawang putih juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin. Lebih menarik lagi jika diteliti fakta nutrisi, seulas bawang putih mengandungi 5 mg kalsium, 1 mg magnesium, 0.05 mg besi, 5 mg fosforus, 0.018 mg asid pantotenik, 0.037 mg vitamin B6 (pyridoxine) dan juga selenium. Malah, bagi setiap 100 gm bawang putih mengandungi 95 peratus B6, 52 peratus vitamin C, 21 peratus zat besi, 10 peratus zink, 18 peratus kalsium dan 26 peratus selenium.

Namun keajaiban nutrisi bawang putih tidak berakhir setakat itu. Bahan makanan itu turut mengandungi antioksidan yang tinggi berkaitan dengan manfaat dari sudut kesihatan. Ia termasuk berfungsi merendahkan paras kolesterol, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Bahan kimia yang berperanan untuk manfaat tersebut dikenali sebagai allicin, diallyl disulfide, diallyl trisulfide danallyl propyl disulfide.

Satu perkara penting yang perlu diingat untuk mengekalkan nutrisi bawang putih adalah bahan tersebut perlu diracik atau ditumbuk dibiarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum dipanaskan atau sebelum ditambah bahan berasid semasa memasak.

Mengikut kajian American Heart Association sebanyak 74.6 juta orang dewasa mengidap penyakit darah tinggi yang mengakibatkan antara lain kematian mengejut, strok dan serangan jantung.

Disebabkan kesan negatif yang mungkin timbul di kalangan pengidap penyakit tekanan darah tinggi, keadaan seperti itu sering dirawat dengan ubat-ubatan. Bagaimanapun ramai yang lebih suka menggunakan suplemen semulajadi seperti bawang putih untuk merendahkan tekanan darah mereka. Lebih daripada itu banyak kajian mendapati nilai tambah jika pengambilan ubat-ubatan digabungkan dengan amalan memakan bawang putih untuk memperoleh kesan berganda dalam kawalan darah tinggi.

Banner2
Keserasian
Kajian juga menunjukkan ‘keserasian’ antara bawang putih dan tekanan darah di mana bawang putih mempunyai keupayan untuk merendahkan tekanan daran terutama di kalangan pesakit yang mengalami penderitaan tersebut.

Bawang putih secara umumnya selamat biarpun ada masanya bahan makanan itu boleh menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan bau yang tidak menyenangkan. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan, oleh itu berhenti mengambil bawang putih sebelum pembedahan atau mengunjungi doktor gigi.

Ramai juga berpendapat bahawa bawang putih boleh membantu menurunkan berat badan. banyak tulisan mengenainya, malah ada pakar menyarankan pengambilan tablet bawang putih sebelum waktu makan.

Bagaimana data saintifik kaitan antara bawang putih dan penurunan berat badan agak terhad. Hanya kajian utama menunjukkan seekor tikus yang diberi makanan kandungan gula tinggi sepanjang tiga minggu. Tikus itu turut diberi suplemen bawang putih dan tidak berlaku sebarang peningkatan berat badan. Sama ada uji kaji tersebut mendatangkan kesan yang sama kepada manusia adalah tidak diketahui.

Sehubungan itu, mekanisme bawang putih untuk menurunkan berat badan masih tidak jelas biar pun ada yang berpendapat secara teorinya bawang putih merangsang otak yang mengawal selera.

Satu kajian terhadap manusia telah dijalankan menunjukkan bawang putih membantu menurunkan paras kolesterol. Banyak lagi uji kaji terhadap manusia diperlukan untuk menentukan manfaat bawang putih terhadap manusia.

GARLICINE (KAPSUL EKSTRAK BAWANG PUTIH)

GARLICINE (KAPSUL EKSTRAK BAWANG PUTIH)
100 kapsul
Kod:  41014-06
MAL11085027T
Harga:  RM39.90 / Harga Ahli:  RM29.93

Kandungan:
Serbuk bawang putih 400 mg
2 kapsul selepas makan 2 kali sehari
Bawang putih telah lama dikenali sejak 5,000 tahun dahulu dan memiliki banyak manfaat dalam kesihatan dan digunakan sebagai ubat yang tidak mempunyai kesan ngatif.  Walau bagaimanapun ia mempunyai bau yang agak kuat.

Bawang putih Thailand dipercayai mempunyai kelainan berbanding bawang putih d seluruh dunia dan merupakan sumber utama Garlicine. Garlicine dihasilkan drp ekstrak bawang putith tulin dan semua manfaat kesihatan terdapat di dalam kapsul ini. Mudah utk diambil dan tidak mempunyai kesan sampingan, sangat sesuai utk mereka yg mempunyai tahap kolestrol yg tinggi dan trigliserida dalam darah.

Khasiat bawang putih bukan hanya terhad dlm penghasilan makanan atau mengubati penyakit, sebaliknya bawang putih juga ampuh utk mencantikkan kulit individu yang mengamalkan pengambilan serta penggunaannya

Malah peradangan kulit , jerawat, dan ruam2 merah juga dapat di dirawat dgn penggunaan bawang putih kerana kandungannya yang antibakteria dan antivirus.  terdapat juga komponen allicine yg efektif utk menghalus dan melembutkan tekstur kulit selain mampu menghilangkan rekahan. Kedutan di wajah juga mampu hilang dgn penggunaan berterusan. 

Ciri-ciri perubatan bawang putih:

  • Mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida dalam darah
  • Baik untuk mereka yan berisiko mengalami pembekuan darah dan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan kesan nikotin bagi perokok
  • Alicine dalam bawang putih banyak membunuh mikroorganisma
  • Meningkatkan selera makan
  • Membantu mencegah kanser tertentu
  • Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tahap kolesteol yang tinggi dan trigliserida dalam darah.

Kebaikan Cuka (Khal) & penyakit gastrik

CUKA EPAL atau CUKA KURMA adalah di antara makanan sunnah yang harus dimasukkan dalam diet harian untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik. Bagaimana?

Seringkali apabila apabila disyorkan Cuka Epal atau Cuka Tamar kepada orang yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?

Ya benar, Cuka Epal, Tamar dan cuka dari lain-lain buah seperti anggur, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.

Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka ini tiada khasiat atau nutrisi.

Sebaliknya, Cuka Epal dan Tamar mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang dibuat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.

Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.

Jus dari buah-buahan sitrus adalah sangat rendah pHnya dan dikenali dengan rasa masamnya, tetapi di dalam perut airnya menjadikan isi perut menjadi alkali.

Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Epal, Tamar dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.

Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.

Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.

CUKA (Khal)

APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. 

BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY.

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena,  vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

MEMBANTU MENANGANI PELBAGAI MASALAH KESIHATAN ANDA
Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

MANFAAT MENGAMALKAN Khal (Cuka)
-Penambah tenaga
-Membantu meningkatkan daya ingatan
-Membantu memotong dan membuang kolestrol di dalam badan
-Membuang toksin
-Membantu masalah rahim,menguatkan gigi,mata
-Membantu masalah gastrik
-Membantu masalah perkumuhan dan penghadaman
-Membantu masalah luka-luka dalaman
-Membantu mengecutkan ketumbuhan dalaman

Oct 2, 2013

Collagen Plus

COLLAGEN PLUS
MAL 10053685X (30 tablets)


MENEGANGKAN KULIT SEHINGGA 10 TAHUN LEBIH MUDA
  
Marine collagen, Vitamin C, Lycopene & Lysine 
Mengandungi collagen daripada ikan yang dapat membantu memperbaharui, mengembalikan dan menguatkan collagen dan elastin; hasilnya kulit akan menjadi lebih tegang dan halus, mengurangkan serta menghilangkan kedutan. 
Sesuai untuk wanita berumur 25 ke atas

MUDA,TEGANG, ANJAL & MENAWAN DENGAN 
COLLAGEN PLUSS !

Kandungan:
Setiap tablet mengandungi Fish Collagen ( Tuna ) 800mg
L-Lysine mono HCL 200 mg
Vitamin C 30 mg
Calcium 3.52 mg
Lycopene 10% 20 mg
Kaedah Pengambilan : 1- 2 tablet selepas makan

Semakin umur meningkat,kulit semakin kendur-hilang keanjalan.
Kolagen adalah sejenis protein yang boleh didapati daripada haiwan atau tumbuhan yang berperanan penting menganjal,menegang,memutih dan menghaluskan kulit.
Mampu memperbaiki struktur kulit,menghasilkan sel-sel baharu sekaligus mengurangkan atau menangani tanda penuaan seperti kedutan ,garis halus atau kulit kusam.
lycopene pula adalah sejenis karotenoid pigmen yang berwarna merah,biasa ditemui dengan banyaknya dalam buah tomato dan beberapa jenis buah lain.
Bersifat anti oksida yang sangat baik untuk tubuh manusia.

KETAHUI APA ITU COLLAGEN YANG DIPERLUKAN DALAM TUBUH ANDA!

Collagen ialah sejenis protein yang sangat penting untuk menganjal,menegang,dan memutihkan kulit dan ia sering menjadi rebutan dan pilihan utama wanita pada masa kini.

Apabila umur meningkat,kulit menjadi semakin kendur dan kusam yang akan menyebabkan kedutan. Penggunaan collagen mampu membaiki struktur kulit. Pakar kesihatan memperakui penggunaan collagen bagi menghasilkan sel-sel kulit dan sekaligus mengurangkan kedutan; tanda penuaan pada kulit.
Kajian klinikal menunjukkan keberkesanan penggunaan kolagen adalah mengurangkan bilangan,kepadatan dan kejelasan kedutan, memastikan keanjalan kulit serta memberi kesegaran kepada kulit.

Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai perikat dalam badan dan lebih kurang 1/3 daripada keseluruhan protein dalam badan terdiri daripada kolagen.

Fungsi kolagen adalah memberikan struktur kepada badan,melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan.


Pada usia 20-an,terdapat pertumbuhan yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur badan dan menggalakkan perkembangan otot,tendon serta ligamen. Ia digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel badan baru.

Ketika usia 25 tahun keatas,kolagen mula menyusut dalam badan pada kadar 1.5% setahun & sehingga usia 45 tahun,badan kita dijangka kehilangan sebanyak 30% daripada kolagen semulajadi.


KEBAIKAN PENGAMBILAN COLLAGEN PLUSS:-

KULIT
Melembut, melicin dan menganjalkan kulit
Menghilang/mengurangkan garisan kedut halus terutama di bawah mata
Menyeri dan mencerahkan wajah
Mencerahkan kulit dari dalam dan menghilangkan pigmentasi
Menghilangkan jerawat dan memudarkan parut jerawat dari wajah
Mencantikkan badan dan menghilangkan geleber kulit
Menganjalkan,melembut & menghaluskan kulit payudara


TUBUH & KESIHATAN
Meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan sistem imun badan
Meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan kolesterol dan Mengatasi masalah sembelit
Mengstabilkan kitaran hormon, kitaran haid dan menghilangkan senggugut
Mengetatkan faraj dan meningkatkan libido wanita
Menguatkan tulang, gigi serta sendi

Banner2

RAMBUT
Menguatkan akar rambut
Melembut dan menyinarkan rambut
Mengurangkan rambut bercabang
Membasmi keguguran rambut
Menyuburkan dan melebatkan rambut

CARA PENGAMBILAN YANG DISYORKAN BAGI MENDAPATKAN HASIL TERBAIK:

BULAN PERTAMA:

SEBAIK-BAIKNYA MENGAMBIL SEBIJI ACTIVITE DAN COLLAGEN PLUS PADA AWAL PAGI DAN MALAM (2 KALI SEHARI) BAGI MENDAPAT KESAN YANG LEBIH CEPAT DAN KETARA.

BULAN SETERUSNYA:

MEMADAI DENGAN MENGAMBIL SEBIJI ACTIVITE DAN COLLAGEN PLUS SEKALI SEHARI PADA SEBELAH PAGI BAGI MENGEKALKAN KECANTIKAN KULIT

AMBIL COLLAGEN PLUS BERSAMA-SAMA ACTIVITE UNTUK KESAN YANG CEPAT DAN MAKSIMUM AGAR KULIT MENJADI MULUS,GEBU,CERAH DAN TEGANG.

INFO TAMBAHAN:
UNTUK KESAN YANG LEBIH KETARA, AMBIL BERSAMA VIT. C 1000MG.

Harga Runcit: RM 66.00 ( 30 tablet )
Harga Ahli: RM 49.50

Activite


ACTIVITE (30 Kapsul)
KKM: MAL10021959X

Amat Laris dipasaran!!! Nak kulit putih gebu macam bayi? Activite dari Giffarine, mencerahkan kulit dalam masa yang singkat.Tidak perlu lagi suntikan untuk mencantikkan kulit anda.Hanya dengan 2 kapsul sehari kulit anda akan menjadi cerah dan halus.Parut dan jeragat juga akan hilang.Diadun dari ekstrak marin laut dalam dan herba terpilih ini dapat menyelesaikan masalah kulit anda dalam masa yang singkat sahaja.Sudah ramai yang mencuba dan menikmati hasilnya.

Terdapat testimoni kesan boleh dilihat seawal 7hari! walaubagaimanapun, ia bergantung pada masalah pada kulit anda. Tetapi kesan akan dapat dilihat juga dalam 1kotak.

Glutathione sudah lama terkenal dikalangan artis2 dan selebriti antarabangsa dan juga di Malaysia. Juga dikenali dengan gelaran Master Antioxidant. Pengambilan Glutathione dengan cara berterusan akan membuat kulit semakin putih dan cerah. Glutathione juga akan membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar.


**PRODUK INI DAPAT MEMUTIHKAN KULIT ANDA DALAM MASA YANG SINGKAT DAN TELAH DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA..... 

Fakta saintifik tentang Glutathione & nutrisi untuk penjagaan kulit anda.

Glutathione dijumpai dalam sel tubuh manusia. Ini adalah Tripeptide terdiri daripada 3 Asid Amino iaitu glutamate,sistein dan glisin.

Ciri-ciri utama Glutathione adalah :

1) Ia menghalang proses sistesis melanin,iaitu kehadiran pigmen gelap di kulit yang menyebabkan warna kulit lebih terang & cerah.

2) Glutathione adalah agen antioksida yang berkesan bagi membantu melambatkan proses degenerasi sel.

3) Kurangnya Glutathione akan mengarah kepada stress oksidatif. Glutathione memainkan peranan dalam proses pemutihan kulit dengan mengurangkan pengeluaran pigmen kulit. Ini akan mengganggu pusat metabolism bagi pembentukan melanin dalam kulit.

Apabila berlaku stimulasi oleh sinar matahari @ kepanasan melanosit di kulit kita akan menghasilkan eumelanin,pigmen hitam,phaemelanindan pigmen merah. Kita biasanya melihat warna kulit berubah gelap selepas terkena sinar matahari kerana munculnya pigmen hitam yang lebih kuat. Dalam sintesis melanin, kehadiran Gluthatione akan menhalang fungsi enzim tirosinase yang bertanggungjawab dalam pengeluaran eumelanin. Sebagai antioksidan kuat,glutathione juga menghalang spesis oksigen reaktif dan peroksida,yang mampu merangsang enzim tirosinase. Kesan akan antioksidan berterusan selagi ada gluthatione.Pada akhirnya,tona kulit ternyata lebih cerah

Fakta saintifik tentang Glutathione & nutrisi untuk penjagaan kulit anda.

Glutathione dijumpai dalam sel tubuh manusia.Ini adalah Tripeptide terdiri daripada 3 Asid Amino iaitu glutamate,sistein dan glisin.

Ciri-ciri utama Glutathione adalah :

1) Ia menghalang proses sistesis melanin,iaitu kehadiran pigmen gelap di kulit yang menyebabkan warna kulit lebih terang & cerah.

2) Glutathione adalah agen antioksida yang berkesan bagi membantu melambatkan proses degenerasi sel.

3) Kurangnya Glutathione akan mengarah kepada stress oksidatif.
Glutathione memainkan peranan dalam proses pemutihan kulit dengan mengurangkan pengeluaran pigmen kulit. Ini akan mengganggu pusat metabolism bagi pembentukan melanin dalam kulit. Apabila berlaku stimulasi oleh sinar matahari @ kepanasan melanosit di kulit kita akan menghasilkan eumelanin,pigmen hitam, phaemelanindan pigmen merah. Kita biasanya melihat warna kulit berubah gelap selepas terkena sinar  matahari kerana munculnya pigmen hitam yang lebih kuat.

Dalam sintesis melanin, kehadiran Gluthatione akan menghalang fungsi enzim tirosinase yang bertanggungjawab dalam pengeluaran eumelanin. 

Akibatnya,phaeomelanin dihasilkan bukannya eumelanin seperti yang ditunjukkan didalam gambar di bawah. Sebagai antioksidan kuat, glutathione juga menghalang spesis oksigen reaktif dan peroksida,yang mampu merangsang enzim tirosinase. Kesan antioksidan berterusan selagi ada gluthatione. Pada akhirnya, tona kulit ternyata lebih cerah

KEBAIKAN GLUTATHIONE
Glutathione bukan hanya berperanan sebagai agen pemutih kulit tetapi ia juga untuk:-
  • Antioksidan
  • Kanser
  • Selaput
  • Penyakit Hati
  • Masalah Mata

Siapa yang memerlukan Activite ini?
  • Perokok
  • Peminum Alkohol/arak
  • Sistem imunisasi yang rendah
  • Masalah Hati
  • Masalah Tirod
  • Kadar sperma yang rendah
  • Kanser
  • Kepada yang memerlukan kulit yang cerah, putih atau ingin hilangkan jeragat.

Kebaikan :
Memutihkan Kulit
Menghilangkan bintik hitam
Mencegah/menghilangkan jerawat dan parut
Anti penuaan & anti kedut
Menjadikan kulit licin,segar dan berseri-seri
Mempercepatkan penyembuhan luka


Kandungan :
L-Glutathione with L-Cysteine, Alpha-Lipoic Acid and Niacinamide capsule dietry supplement

Arahan : Ambil 1-2 kapsul sehari,selepas makan.

Kesan pengambilan Active L-Glutathione + Collagen Plus jika diambil secara bertarusan untuk pemutihan boleh dilihat dalam jangka masa berbeza mengikut warna kulit:

medium brown skin: 1-3 bulan
dark brown skin: 3-6 bulan
very dark skin: 6-12 bulan
black skin: sekurang-kurangnya 2 tahun
fair skin: kulit akan menjadi putih kemerahan dalam tempoh 1-2 bulan

CARA PENGAMBILAN YANG DISYORKAN BAGI MENDAPATKAN HASIL TERBAIK:

BULAN PERTAMA:
Sebaik-baiknya mengambil sebiji ACTIVITE dan COLLAGEN PLUS pada awal pagi dan malam (2 kali sehari) bagi mendapat kesan yg lebih cepat dan ketara. 

BULAN SETERUSNYA:
Memadai dgn mengambil sebiji ACTIVITE dan COLLAGEN PLUS sekali sehari pada sebelah pagi bagi mengekalkan kecantikan kulit.

AMBIL ACTIVITE BERSAMA-SAMA COLLAGEN PLUS UNTUK KESAN YANG CEPAT DAN MAKSIMUM AGAR KULIT MENJADI MULUS,GEBU,CERAH DAN TEGANG.

HARGA RUNCIT : RM130.00
HARGA AHLI: RM97.50 

Evening Primrose Oil (1000mg)


EVENING PRIMROSE OIL (1000 MG)
(50 kapsul)
Kod: 401009-06
MAL11095037T


Cara Pengambilan:  
Orang Dewasa dengan berat sekitar 50 kg pengambilan 2000 mg selepas makan. Kapsul boleh diambil selepas makan atau bersama dengan makanan tertentu.  Untuk ukuran tubuh yang berbeza, bilangan kapsul yang diambil juga berbeza.

Peringatan:  Tidak disarankan untuk mereka yang mempunyai penyakit darah seperti anemia asma dan skizofrenia.


Khasiatnya:

Mengurangkan kesakitan dan sakit dada ketika kedatangan haid.
Mengurangkn radang san sakit Rheumatioid Arthritis
Melembabkan kulit dan mengurangkan adang kulit dan eksema
Meperlahankan radang sistem saraf

Dengan dos EPO yang ditetapkan, tubuh menerima GLA yang mencukupi menjadikan kuli anda sihat, halus, tidak menunjukkan tanda-tanda kekeringan dan mengurangkan garis hals.  EPO membuatkan kulit anda halus, lembut an lembab.  Minyak ini peting untuk kesihatan kulit pada perkembangan sel-sel dan mencegah dari dehidrasi.

GLA juga merupakan sumber untuk Prostaglandin E1 atau PGE 1 yang berfungsi seperti hormon yang memberikan banyak manfaat seperti mencegah peradangan, mengurangkan  Rheumatioid Arthritis dan merangsang peredaran darah ke kulit.  Oleh kerana itu kulit anda selalu sihat dan indah bagi semua untuk mengagumi.

EPO juga dapat meringankan gejala penyakit berikut:

i.    Ekzema - melegakan dari rasa gatal dan menjadikan kulit sihat.
ii.   Mastalgia - menghilngkan rasa sakit pada payudara
iii.  Sindrom haid - membantu mengurangkan rasa sakit pada paydara dan meningkatkan psikologi.
iv.  Rheumatioid Arthritis - melegakan rasa sakit dan mengurangkan pengambilan  dos Non Steroidal Anti-Inflammatory Essential Fatty Acid Deficiency - Linoleic pada EPO adalah asid Omega 6, nutrien yang penting bagi kulit.

Harga Runcit:  RM53.00
Harga Ahli: RM39.80