RSS
Banner5

Oct 8, 2013

Mitos dan FAKTA bawang putih

BAWANG putih sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tidak kira di mana dan apa bangsanya. Selain kegunaannya dalam masakan, bawang putih juga menjadi bahan perubatan tradisional.

Kegunaannya merentasi kaum lantaran manfaat bawang putih sememangnya tidak boleh diperkecilkan. Garlicine!

Sebab itu semua sependapat bahawa bawang putih merupakan bahan makanan yang ajaib - sarat dengan nutrien, vitamin, mineral dan bersifat antioksidan. Lebih daripada itu, ia merupakan bahan masakan rendah kalori selain rasanya yang tersendiri menambah keenakan banyak hidangan.

Tentunya ramai yang ingin tahu fakta nutrisi di sebalik bawang putih.

Seulas bawang putih mengandungi:

* 1.76 gm air

* 4 kalori

* 0.19 gm protein

* 0.1 gm serat

* 0.99 gm karbohidrat

* 0.03 gm gula

* 0.01 gm lemak

Bebas kolesterol atau lemak tepu.

Bawang putih juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin. Lebih menarik lagi jika diteliti fakta nutrisi, seulas bawang putih mengandungi 5 mg kalsium, 1 mg magnesium, 0.05 mg besi, 5 mg fosforus, 0.018 mg asid pantotenik, 0.037 mg vitamin B6 (pyridoxine) dan juga selenium. Malah, bagi setiap 100 gm bawang putih mengandungi 95 peratus B6, 52 peratus vitamin C, 21 peratus zat besi, 10 peratus zink, 18 peratus kalsium dan 26 peratus selenium.

Namun keajaiban nutrisi bawang putih tidak berakhir setakat itu. Bahan makanan itu turut mengandungi antioksidan yang tinggi berkaitan dengan manfaat dari sudut kesihatan. Ia termasuk berfungsi merendahkan paras kolesterol, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Bahan kimia yang berperanan untuk manfaat tersebut dikenali sebagai allicin, diallyl disulfide, diallyl trisulfide danallyl propyl disulfide.

Satu perkara penting yang perlu diingat untuk mengekalkan nutrisi bawang putih adalah bahan tersebut perlu diracik atau ditumbuk dibiarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum dipanaskan atau sebelum ditambah bahan berasid semasa memasak.

Mengikut kajian American Heart Association sebanyak 74.6 juta orang dewasa mengidap penyakit darah tinggi yang mengakibatkan antara lain kematian mengejut, strok dan serangan jantung.

Disebabkan kesan negatif yang mungkin timbul di kalangan pengidap penyakit tekanan darah tinggi, keadaan seperti itu sering dirawat dengan ubat-ubatan. Bagaimanapun ramai yang lebih suka menggunakan suplemen semulajadi seperti bawang putih untuk merendahkan tekanan darah mereka. Lebih daripada itu banyak kajian mendapati nilai tambah jika pengambilan ubat-ubatan digabungkan dengan amalan memakan bawang putih untuk memperoleh kesan berganda dalam kawalan darah tinggi.

Banner2
Keserasian
Kajian juga menunjukkan ‘keserasian’ antara bawang putih dan tekanan darah di mana bawang putih mempunyai keupayan untuk merendahkan tekanan daran terutama di kalangan pesakit yang mengalami penderitaan tersebut.

Bawang putih secara umumnya selamat biarpun ada masanya bahan makanan itu boleh menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan bau yang tidak menyenangkan. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan, oleh itu berhenti mengambil bawang putih sebelum pembedahan atau mengunjungi doktor gigi.

Ramai juga berpendapat bahawa bawang putih boleh membantu menurunkan berat badan. banyak tulisan mengenainya, malah ada pakar menyarankan pengambilan tablet bawang putih sebelum waktu makan.

Bagaimana data saintifik kaitan antara bawang putih dan penurunan berat badan agak terhad. Hanya kajian utama menunjukkan seekor tikus yang diberi makanan kandungan gula tinggi sepanjang tiga minggu. Tikus itu turut diberi suplemen bawang putih dan tidak berlaku sebarang peningkatan berat badan. Sama ada uji kaji tersebut mendatangkan kesan yang sama kepada manusia adalah tidak diketahui.

Sehubungan itu, mekanisme bawang putih untuk menurunkan berat badan masih tidak jelas biar pun ada yang berpendapat secara teorinya bawang putih merangsang otak yang mengawal selera.

Satu kajian terhadap manusia telah dijalankan menunjukkan bawang putih membantu menurunkan paras kolesterol. Banyak lagi uji kaji terhadap manusia diperlukan untuk menentukan manfaat bawang putih terhadap manusia.

GARLICINE (KAPSUL EKSTRAK BAWANG PUTIH)

GARLICINE (KAPSUL EKSTRAK BAWANG PUTIH)
100 kapsul
Kod:  41014-06
MAL11085027T
Harga:  RM39.90 / Harga Ahli:  RM29.93

Kandungan:
Serbuk bawang putih 400 mg
2 kapsul selepas makan 2 kali sehari
Bawang putih telah lama dikenali sejak 5,000 tahun dahulu dan memiliki banyak manfaat dalam kesihatan dan digunakan sebagai ubat yang tidak mempunyai kesan ngatif.  Walau bagaimanapun ia mempunyai bau yang agak kuat.

Bawang putih Thailand dipercayai mempunyai kelainan berbanding bawang putih d seluruh dunia dan merupakan sumber utama Garlicine. Garlicine dihasilkan drp ekstrak bawang putith tulin dan semua manfaat kesihatan terdapat di dalam kapsul ini. Mudah utk diambil dan tidak mempunyai kesan sampingan, sangat sesuai utk mereka yg mempunyai tahap kolestrol yg tinggi dan trigliserida dalam darah.

Khasiat bawang putih bukan hanya terhad dlm penghasilan makanan atau mengubati penyakit, sebaliknya bawang putih juga ampuh utk mencantikkan kulit individu yang mengamalkan pengambilan serta penggunaannya

Malah peradangan kulit , jerawat, dan ruam2 merah juga dapat di dirawat dgn penggunaan bawang putih kerana kandungannya yang antibakteria dan antivirus.  terdapat juga komponen allicine yg efektif utk menghalus dan melembutkan tekstur kulit selain mampu menghilangkan rekahan. Kedutan di wajah juga mampu hilang dgn penggunaan berterusan. 

Ciri-ciri perubatan bawang putih:

  • Mengurangkan kadar kolesterol dan trigliserida dalam darah
  • Baik untuk mereka yan berisiko mengalami pembekuan darah dan tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Mengurangkan kesan nikotin bagi perokok
  • Alicine dalam bawang putih banyak membunuh mikroorganisma
  • Meningkatkan selera makan
  • Membantu mencegah kanser tertentu
  • Sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai tahap kolesteol yang tinggi dan trigliserida dalam darah.

Kebaikan Cuka (Khal) & penyakit gastrik

CUKA EPAL atau CUKA KURMA adalah di antara makanan sunnah yang harus dimasukkan dalam diet harian untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik. Bagaimana?

Seringkali apabila apabila disyorkan Cuka Epal atau Cuka Tamar kepada orang yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?

Ya benar, Cuka Epal, Tamar dan cuka dari lain-lain buah seperti anggur, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.

Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka ini tiada khasiat atau nutrisi.

Sebaliknya, Cuka Epal dan Tamar mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang dibuat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.

Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.

Jus dari buah-buahan sitrus adalah sangat rendah pHnya dan dikenali dengan rasa masamnya, tetapi di dalam perut airnya menjadikan isi perut menjadi alkali.

Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Epal, Tamar dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.

Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.

Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.

CUKA (Khal)

APA ITU KHAL?

KHAL adalah nama dalam bahasa Arab bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar (kurma), epal, anggur, dan tin (fig) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu, bertukar dari jus buah menjadi alkohol, seterusnya menjadi yis, bertukar menjadi asid asetat, dan akhirnya menjadi KHAL, dalam bahasa Inggeris dipanggil vinegar. 

BAGAIMANA ORANG ARAB MAMPU MAKAN SEEKOR KAMBING HANYA UNTUK TIGA ORANG MAKAN TANPA RISAU TERKENA PENYAKIT-PENYAKIT BERBAHAYA SEPERTI DARAH TINGGI, KENCING MANIS, JANTUNG, KOLESTROL ATAU OBESITY.

Bersabda Rasulullah S.A.W., ” Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal. Ya Allah berkatilah pada Khal, sesungguhnya Khal adalah makanan nabi-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam suatu rumah.” (Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318)
KEPERLUAN CUKA KURMA OLEH TUBUH BADAN

Cuka kurma mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B6, beta-karotena,  vitamin P (bioflavonoid) dan kaya dengan kandungan potassium (keremajaan kulit). Cuka kurma juga dapat membuang lemak, kolestrol, asid-asid dan garam berlebihan dalam badan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya.

KHASIAT CUKA KURMA MENURUT PERUBATAN ISLAM

Ibnu Qaiyyim dalam kitab beliau Al-Tib Al-Nabawi menyatakan cuka kurma bermanfaat untuk mengatasi masalah gastrik di perut, masalah hempedu (membersih hempedu dari lemak yang membentuk batu), mencegah terhadap bahayanya ubat-ubatan (kesan sampingan dari ubat yang pelbagai) yang boleh membawa kepada kematian. Cuka kurma dapat melancarkan susu ibu dan melancarkan perjalanan darah yang berketul dalam perut (masalah gangguan haid). Cuka kurma bermanfaat mengatasi masalah limpa, membersihkan usus (membuang toksik di perut), menguatkan sistem perut (masalah buasir), menghilangkan masalah dahaga (panas badan), mencegah sebarang pembengkakan yang akan terjadi di tubuh manusia (seperti kanser, bisul dan sebagainya), membantu sistem penghadaman makanan yang kasar dan membersihkan darah manusia (darah yang beracun). Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

MEMBANTU MENANGANI PELBAGAI MASALAH KESIHATAN ANDA
Khasiat Cuka Kurma Menurut Perubatan Islam:-

Menerusi kitab Al-Qanun Fi Al-Tib (Ibnu Sina) & Al-Tib Al-Nabawi (Ibnu Qaiyyim), cuka kurma:-
** 01: dapat mencegah berlakunya pembengkakan pd badan spt bisul & kanser
** 02: membuang darah kotor & melancar aliran darah
** 03: mangatasi proses pencernaan makanan dlm perut
** 04: melancarkan pergerakan usus
** 05: merawat masalah kerongkong, kahak & batuk yang berpanjangan
** 06: memelihara kulit dari kesan kepanasan matahari
** 07: menurunkan tahap kolesterol
** 08: mengimbang tahap asid-alkali dlm badan & mengeluarkan lebihan garam
** 09: membakar kalori dgn cepati
** 10: membuang toksin
** 11: merawat masalah rahim, menguatkan gigi, deria mata & telinga
** 12: penyerapan kalsium lebih sempurna - menguatkan tulang
** 13: mengubati masalah gastrik akibat asid berlebihan dlm perut
** 14: merawat masalah hempedu (membersih hempedu dr lemak yg membentuk batu)
** 15: mencegah berlakunya keracunan akibat penggunaan ubat-ubatan yang pelbagai
** 16: melancarkan pengeluaran susu ibu
** 17: melancarkan perjalanan darah yg berketul dlm perut (masalah gangguan haid)
** 18: memperbaiki fungsi limpa
** 19: menghilang masalah dahaga & mengurangkan panas badan
Darul Fikri, Bairut Tahun 1414H, m.s 908 - 909 & Darul Kitab Al-Arabi, Bairut 1410 H, m.s 233.

MANFAAT MENGAMALKAN Khal (Cuka)
-Penambah tenaga
-Membantu meningkatkan daya ingatan
-Membantu memotong dan membuang kolestrol di dalam badan
-Membuang toksin
-Membantu masalah rahim,menguatkan gigi,mata
-Membantu masalah gastrik
-Membantu masalah perkumuhan dan penghadaman
-Membantu masalah luka-luka dalaman
-Membantu mengecutkan ketumbuhan dalaman