CUKA EPAL atau CUKA KURMA adalah di antara makanan sunnah yang harus dimasukkan dalam diet harian untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik. Bagaimana?
Seringkali apabila apabila disyorkan Cuka Epal atau Cuka Tamar kepada orang yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?
Ya benar, Cuka Epal, Tamar dan cuka dari lain-lain buah seperti anggur, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.
Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka ini tiada khasiat atau nutrisi.
Sebaliknya, Cuka Epal dan Tamar mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang dibuat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.
Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.
Jus dari buah-buahan sitrus adalah sangat rendah pHnya dan dikenali dengan rasa masamnya, tetapi di dalam perut airnya menjadikan isi perut menjadi alkali.
Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Epal, Tamar dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.
Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.
Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.