RSS
Banner5

Nov 20, 2013

Cal D Mag Plus



CAL-D-MAG PLUS
Harga Runcit : RM50.30
Harga Ahli:  RM37.73

Makanan tambahan kalsium akan menguatkan tulang dan gigi serta bertindak mencegah osteoporosis.

Khasiat utama kalsium:

  • Membantu menguatkan tulang dan gigi; melindungi kesihatan tulang dan gigi daripada kerosakan.
  • Mencegah osteoporosis
  • Membantu meningkatkan tahap ketumpatan tulang.
  • Membantu pertumbuhan kanak-kanak dari segi kekuatan dan ketinggian.


Vitamin D3
Membantu meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam badan.

Magnesium
60 - 70% magnesium dalam badan terdapat pada tulang. Magnesium sangat penting utnuk pertumbuhan tulang, tindakbalas saraf dan pergerakan otot. Magnesium yang mencukupi membantu menguatkan tulang.

TULANG DAN KASLSIUM
Kalsium merupakan mineral yang paling tinggi kandungannya dalam badan. Ia merupakan mineralutama bagi struktur tulang dan gigi. Bagi kanak-kanak, kalsium sabgat penting untuk pertumbuhan dan ketinggian ketika puncak pertumbuhan mereka. Puncak pertumbuhan merulakan tempoh pengumpulan jisim tulang bagi pertumbuhan dan membantu meningkatkan jisim tulang sehingga mencapai tahap maksimum. Bagi golongan dewasa, kekurangan kalsium dalam badan boleh mengakibatkan daya serapan terhadap kalsium terlalu tinggi dan boleh menyebabkan osteoporosis serta mengutangkan kekuatan tulang.

Kesan yang paling serius apabila seseorang itu menghidap osteoporosis adalah mengalami sakit belakang yang kronik, dan menyebabkan kerosakan tulang belakang menjadikan mereka tidak mampu berjalan seperti orang normal. Bagi kalangan wanita, mereka lebih cederung menghadapi osteoporosis berbanding lelaki (4 kali ganda berbanding lelaki) dan bagi wanita menopause, dalam tempoh lima tahun pertama, jisim tulang mereka akan mengalami pengurangan yang berulang dan lebih cenderung kepada gejala osteoporosis. Namun begitu, bagi mereka yang menjaga kekuatan dan jisim tulang sewaktu muda atau remaja akan menjadikan kekuatan dan jisim tulang mereka lebih kuat serta kurang terdedah kepada risiko osteoporosis apabila mereka menopause kelak.

Keperluan kalsium adalah berbeza mengikut peringkat umur:

UMUR
KEPERLUAN HARIAN KALSIUM
Bayi
600 mg
Kanak-kanak
800 mg
Remaja
1200 mg
Dewasa (25 – 50 tahun)
1000 mg
Warga Emas
1000 mg
Wanita selepas menopause
1500 – 2000 mg

Oleh itu, kalsium merupakan nutrien yang sangat penting dan kebanyakan masyarakat menghadapi kekurangan kalsium. Maka. amalan meminum susu dan pengambilan makanan tambahan yang berkalsium tinggi setiap hari merupakan langkah yang baik untuk meningkatkan taraf kesihatan badan.

Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Hamil

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita. Tambahan pula bagi ibu hamil, amalkan makan sebiji buah delima yang masak setiap hari. In shaa Allah, mata bayi anda akan bersinar dan bercahaya.


Khasiat Buah delima untuk Ibu Hamil
Buah delima  melindungi otak bayi semasa kelahiran. Malah dengan hanya minum jus buah delima sewaktu kehamilan, ini dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang hamil, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Tip Memilih Buah Delima
Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih dan kulit  tidak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan jika disimpan dalam peti ais.