RSS
Banner5

Jul 23, 2012

Khasiat Maajun Bistari (MAB)


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLReL0lrG33zUrU8-eVEMYnRORY01r4dK3ER-EYZaE_0LZlOGIcKz66un1wnwAQPuJlKjO6xogDOryFtlGLSt7T5E7ioYGwSl-TjQ-K5pmSQUKe0_4uZx-AHgW_6-heQ_bRXQm95D02B4c/s1600/maajun.jpg


Khasiat MAB khusus utk dikongsi bersama… 
Khasiat2 MAB dlm merawat masalah dalaman wanita:
1. Kacip Fatimah
- Dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin.
- Dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan.
- Dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita.
- Dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid
- Juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir
2. Serapat
- Meningkatkan hormon estrogen
- Mengetatkan dan menguatkan otot-otot faraj (Kemutan)
- Mempertingkatkan daya alat kelamin dan tenaga batin
- Memperkemaskan saluran peranakan
- Membina rahim dan membersihkan rahim (selepas bersalin dan haid)
- Memperbetulkan perjalanan haid
- Melegakan senggugut dan medu
- Meningkatkan kesihatan dan ketahanan badan serta awet muda
- Mencantikkan Payudara dari dalaman tubuh

3. Senduduk
- Mempunyai nilai perubatan yang tinggi
- Untuk mengubati penyakit keputihan yang biasa dialami oleh wanita
- Mempunyai khasiat mengubati batuk yang lama

4. Inai- Merawat luka, samada luka luaran atau luka dalaman (terutamanya selepas melahirkan anak atau selepas pembedahan) - untuk menghentikan pendarahan.
- Untuk luka bersalin dan pembedahan - dikatakan dapat mempercepatkan proses penyembuhan
- Untuk mengembalikan seri muka yang agak pucat selepas bersalin

5. Habatussauda- Menguatkan sistem kekebalan tubuh
- Meningkatkan daya ingatan dan konsentrasi
- Meningkatkan bioaktivitas hormon
- Menetralkan racun dalam tubuh,
- Mengatasi gangguan tidur dan stress,
- Anti histamin/anti alergi
- Memperbaiki saluran pencernaan dan sebagai anti bakteri
- Melancarkan air susu ibu
- Tambahan nutrisi pada ibu hamil dan balita
- Anti tumor
- Nutrisi bagi manusia
- Anti Oksidan
- Anti infektif dan broncodialating

6. Manjakani
- Menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita
- Dapat mengeratkan hubungan suami isteri dengan cara bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak.
- Dapat mengurangkan lelehan mukus
- Membantu menstabilkan hormon
- Melancarkan darah dan memberi tenaga
- Begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran
- Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma.
- Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.
- Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
- Dapat menghilangkan jerawat
- Amalan setiap hari dapat mengempiskan perut

7. Madu
- Aktif menjalankan fungsinya memulihkan tenaga dengan segera
- Menghentikan batuk dengan cepat
- Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah.
- Mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan, kemurungan.
- Menghentikan kesakitan sendi
- Baik untuk sistem pernafasan
- Badan dapat menyerap madu dengan mudah tanpa memprosesnya terlebih dahulu
- Membunuh kuman dan virus didalam darah
- Membaikpulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.
- Menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan parut luka dengan segera
- Meningkatkan prestasi mental
- Mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit.



***Belian lebih dari 10 botol boleh email atau sms saya....***

Amalkan bersarapan pagi bersama KHALL dan Senaman


Semua orang tahu antara kunci bagi mencapai gaya hidup sihat adalah dengan bersenam. Walau bagaimanapun, selain daripada menjalankan rutin harian yang aktif, amalan pemakanan seimbang juga memainkan peranan yang penting. Pemakanan yang baik sangat penting kerana apa yang kita makan membawa kesan kepada kesihatan am dan mempengaruhi kadar tenaga yang kita gunakan untuk menjalankan kehidupan seharian.
Tidak dinafikan, kesihatan yang baik merupakan rahmat yang tidak terkira. Badan kita seperti jasad yang membawa kita sepanjang liku kehidupan. Oleh itu, selain daripada bersenam, badan kita memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik.
Apa brand sekali pun tak apa...
asalkan ianya KHAL (cuka)
Cara terbaik untuk memulakan pemakanan seimbang adalah ketika hidangan pertama kita iaitu sarapan pagi. Juga dikenali sebagai hidangan paling penting setiap hari. Sarapan bagaikan mengakhiri puasa setelah 8 jam tidak makan. Oleh itu, zat baik yang anda makan pada waktu pagi membantu menghidratkan badan anda dan memberikan tenaga yang secukupnya untuk meningkatkan metabolisme dan menjadikan anda bertenaga, sekurang-kurangnya sehingga waktu makan tengah hari.

Sarapan juga penting kerana kita memerlukan tenaga yang cukup untuk menjalankan tugas dan aktiviti harian; sama ada di padang, di tempat kerja atau di sekolah. Ramai daripada kita memilih sarapan yang tinggi kalori, seperti nasi lemak atau roti canai untuk mengisi perut yang lapar. Ada yang memilih untuk tidak bersarapan langsung.

Berapa orang di antara kita yang mempertimbangkan isu sarapan, serta memilih hidangan yang terbaik untuk memulakan harinya? Melainkan hujung minggu, sarapan sentiasa menjadi hidangan yang tidak diutamakan atau dipendekkan waktunya akibat sibuk – pasti ada di antara anda cuma sempat makan pisang sebagai sarapan sebelum berebut untuk ke tempat kerja. Dengan jadual yang ketat, kepentingan sarapan sering diabaikan dan tidak lagi dianggap sebagai elemen penting dalam rutin pagi kita.

Tidak bersarapan mungkin menjadi satu amalan yang mudah, namun ramai pakar pemakanan profesional berkata bahawa pilihan ini tidak digalakkan, terutamanya bagi mereka yang hidup sibuk. Mengambil sarapan itu penting dalam memberikan tenaga kepada badan setelah 8 jam berpuasa. Waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk memberi zat kepada badan dan memberi glukosa pada darah, yang dikenali sebagai gula darah. Glukosa merupakan sumber tenaga utama bagi otak dan membantu otot untuk menjalankan aktiviti fizikal setiap hari. Inilah sebabnya sarapan sangat penting untuk badan kita.

Sarapan membawa manfaat kepada otak dan badan. Mereka yang tidak mengambil sarapan pasti merasa resah, penat atau mudah marah. Hakikatnya, sekiranya seseorang tidak mengambil sarapan, dia akan mengalami perasaan lapar dan terdorong untuk memakan lebih banyak pada waktu makan tengah hari, atau bakal memilih makanan yang tidak berkhasiat. Akibatnya, strategi asalnya gagal dan sebaliknya membahayakan kesihatan mereka.

Sukar untuk mencari cara menyelesaikan rasa lapar dan ingin makan, kerana ini tentu mengganggu usaha untuk mengekalkan diet seimbang. Ini sebabnya sarapan sangat penting! Sarapan yang seimbang dan sihat tidak perlu mewah, dan tidak semestinya memerlukan masa persiapan yang panjang. Mulakan hari dengan minuman campuran mengandungi bijirin.  Boleh juga dicampurkan bijiran dengan KHALL DATES CIDER. Rasanya akan menjadi lebih sedap terutama bagi anak-anak yang tidak gemar meminum madu dan kurma. Kombinai ini akan menjadi hidangan lebih berkhasiat. Tambahan pula bijirin mengandungi kebaikan bijian sempurna, sumber yang kaya dengan pelbagai vitamin penting, mineral dan fitokimia, termasuk asid linolenik omega 3. Ia juga tidak mengandungi kolesterol, tinggi dengan kandungan serat boleh larut dan tidak larut dan kanji tidak boleh hadam, serta menjadi sumber karbohidrat dan protein yang baik. Secara ringkasnya, sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang, ia membantu mengekalkan kesihatan anda.

Dapatkan minuman malt coklat yang telah dicampurkan dengan bijirin berkhasiat dalam paket yang mudah daripada jenama yang boleh dipercayai apabila anda membeli belah. Luangkan masa untuk membaca jadual kandungan bagi memastikan elemen yang terdapat dalam minuman.

Sarapan ideal seperti ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan memerlukan makanan yang mengenyangkan, yang dapat mengelakkan rasa lapar sepanjang hari. Ini termasuklah para ibu bapa yang menyiapkan anak untuk ke sekolah atau pekerja yang bakal menghadapi tugas seharian di tempat kerja dan ingin mendapatkan cara untuk menikmati hidangan menyihatkan pada waktu pagi.

Khasiat Habbatus Sauda


Habbatus Sauda adalah sejenis tumbuhan dalam bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dengan pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dalam Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.


Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan.Amino acid yang membentuk protin. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")

Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of ImmunologyUniversity of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".


Nabi Muhammad S.A.W. bersabda dalam Haditsnya yang dikutip dari kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)



Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatus Sauda’ dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek. Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda’ antara lain:

* Antiinflamasi, mengubati perih/radang tenggorokan.
* Antiarthritis, mengubati reumatik.
* Analgesik, mengubati sakit gigi dan sakit kepala (migrain).
* Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
* Antiseptik, mengubati bau mulut.
* Antivirus, mengubati demam dan flu.
* Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
* Urinary tract, mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
* Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
* Gastrointestinal tract, mengubati mabuk, diare, kejang konstipasi, dan empedu.
* Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
* Nematocidal, mengubati cacing pita.
* Respiratory tract, mengubati sesak nafas (asma).