RSS
Banner5

Oct 29, 2013

TEH HIJAU @ green tea




Perumpamaan Cina :
"Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea".









GREEN TEA telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan. Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. 



Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:
-hijau
-hitam
-oolong

Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.
Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.
Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.

Kenapa GREEN TEA Istimewa?

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.

Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau
Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan . Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
· Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.


2.Membantu mengawal paras gula darah
· Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah
· Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4.Menguatkan sistem imun
· Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5.Menurunkan aras kolesterol
· Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6.Menggalakkan pembakaran lemah
· Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman

Green Tea Extract (ECGC)

GREEN TEA (ECGC)
RM 62.00 (30 Capsule)
Teh Hijau mempunyai komponen aktif Poliphenol atau Catechins. Catechins dalam teh mengandungi Epicgallocatechin-3-gallate (EGCG), Epicatechin-3-gallate, Epicatechin Epigallo catechin, Gallocatechin gallate dan Catechin.

EGCG adalah egen yang paling berkesan dalam proses anti oksidan. Ia adalah 25-100 kali lebih efektif daripada Vitamin C dan Vitamin E.

Kajian menunjukkan bahawa Teh Hijau boleh:
  • Mengurangkan lemak dengan merangsang pengoksidaan lemak
  • mengurangkan lipid dalam darah
  • membantu untuk mencegah trombosis dan baik untuk jantung
  • berfungsi sebagai anti oksidan dan antikanser
  • menghalang pembentukkan banyak strain bakteria yg merupakan penyebab kerosakkan gigi.

KUNYIT

Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya mampu membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.

Bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Kunyit merupakan bahan dapur yang memilik banyak khasiat. Ia sejenis tanaman rempah-ratus sebagai pelengkap perencah dapur yang sangat terkenal di negara kita. Kunyit tergolong dalam kelompok halia dengan warna yang khas iaitu kuning. Rasanya agak pahit, sedikit pedas serta mempunyai aroma khas dan ubi/isi berwarna kuning kejingga-jinggaan. Batangnya berwarna hijau atau agak keunguan, berdaun 4 hingga 8 helai dan berbunga coklat serta berwarna kemerah-merahan dan kuning di tengahnya.

Menurut sebuah kajian dalam Neurobiology of Aging, curcumin iaitu suatu sebatian yang terdapat dalam kunyit yang sering digunakan sebagai bahan masakan, antara lain ialah kari, dapat mengurangkan inflamasi dan pengoksidaan yang merosakkan sel-sel otak yang mempengaruhi ingatan. Kajian pada sebatian anti-inflammatory lain juga menunjukkan, semakin awal mengamalkan sebatian ini, semakin kecil kemungkinan untuk mendapat penyakit alzheimer.

Para penyelidik menganjurkan untuk memakan masakan yang mengandungi kunyit 3 kali seminggu. Kita beruntung kerana selain kari, kita masih mempunyai banyak masakan lain yang menggunakan rempah kunyit. Yang paling mudah ialah minum kunyit asam yang sudah terkenal khasiatnya.

Kari membunuh sel-sel kanser, jadi ia baik untuk membantu mencegah kanser kolon. Kajian laboratorium di Louisiana State University menemui, curcumin, pigmen kuning di dalam kunyit, menghancurkan 25% sel-sel kanser kolon dalam 24 jam. Dapatkan 1/2 sudu teh kunyit setiap hari dan tambahkan pada sup, nasi atau salad. Kunyit dalam masakan kari dikatan membantu mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan sistem imun, selain dapat mencegah alzheimer dan penuaan.

Rata-rata daripada kita menggemari masakan kari. Kari berasal dari bahasa 'Tamil' yang bererti sos atau pelbagai jenis masakan sayur-sayuran dan daging dari India Selatan yang dimakan bersama nasi putih. Kari juga dikatakan sebagai nama untuk berjenis-jenis makanan yang menggunakan campuran bahan dan rempah ratus sehingga mempunyai rasa berempah yang pedas. Antara bahan yang digunakan untuk membuat kari termasuklah ketumbar, lada, cili, serbuk lada benggala, jintan putih, jintan manis, kunyit, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, daun kari dan cengkih. Manakala serbuk kari (curry powder) merupakan campuran dari pelbagai jenis bahan dan rempah yang pertama kali dibuat oleh orang Inggeris yang rindu pada masakan kari India.

Jika anda bukan penggemar kari, anda boleh mencuba pais, gulai kuning atau masakan-masakan yang menggunakan bahan kunyit. Selain itu serbuk kunyit juga boleh ditabur pada makanan seperti telur, ikan, ayam, daging, nasi, mi dan sayuran, sos stik dan barbeku. Kunyit juga boleh digunakan sebagai pengganti halia pada masakan Asia atau India.

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam

Manakala dipandang dari sudut saintifik pula, kunyit diyakini baik sebagai;

- Agen antiseptik dan antibakeria semulajadi yang sangat berguna dalam pembasian luka serta kesan terbakar.

- Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.

- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.

- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.

- Dapat menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheumer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.

- Boleh mencegah daripada berlaku pelbagai bentuk kanser yang berbeza jenisnya.

- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.

- Boleh membantu dalam metabolisma lemak dan membantu dalam penurunan berat badan.

- Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri-ciri anti-radang, ia adalah satu rawatan semulajadi untuk artritis dan artritis reumatoid.

- Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel serta mengurangkan kesan sampingan.

- Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.

- Menghentikan pertumbuhan saluran darah beku di dalam tumor barah.

- Sangat pantas dalam penyembuhan luka-luka serta membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.

- Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain-lain keadaan kulit radang.

Kita beruntung kerana kaya dengan masakan tradisional dengan rempah segar termasuk kunyit. Sama ada kita mahu atau tidak untuk meneruskan rutin nenek moyang yang rajin makan makanan berempah agar tubuh kekal sihat. Ia merupakan sebuah rawatan kesihatan yang murah dan mudah yang perlu terus kita kekalkan.

Curcuma Capsule

KUNYIT adalah sejenis herba semulajadi yang diubah menjadi produk kesihatan. Kajian penyelidikan klinikal telah membuktikan kunyit mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan termasuklah :
1. Baik untuk fungsi usus dan hati. mengurangkan GASTRIK dan meningkatkan penghadaman

2. Meningkatkan fungsi jantung , peredaran darah , menurunkan darah beku di jantung dan memberi perlindungan daripada kerosakan otak

3. Khusus untuk menghalang pertumbuhan dan kematian sel yang disebabkan oleh kanser , seperti kanser usus besar , pundi kencing , prostat , nodus limfa , sel-sel darah putih , paru-paru , hati ,payudara , ovari dan kanser serviks

4. Memberi perlindungan kepada otak : melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer

5. Melawan penyakit malaria..

DISYORKAN KEPADA MEREKA YANG ADA MASALAH GASTRIK & IBU BERPANTANG!!
Harga: RM 35.00
Kod : 41008 - 06


CURCUMA CAPSULE (kapsul kunyit)
KHASIAT KUNYIT 
  1. membantu proses penghadaman
  2. mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut
  3. membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah
  4. melancarkan peredaran darah
  5. menghilangkan kesan lebam
  6. menguatkan pundi hempedu
  7. menyekat pembekuan darah yang bahaya
  8. mengurangkan toksin hati
  9. membantu memetabolismakan lemak
  10. membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri
  11. mengurangkan paras kolesterol darah
  12. membunuh sel kanser, terutamanya kanser esofagus
  13. meransang sel dalam sistem imuniti
  14. antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka lebam
  15. merawat arthritis (sakit sendi)
  16. merawat asma (lelah),
  17. merawat jaundis (sakit kuning)
  18. digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan
  19. mengecutkan rahim dan mencuci darah
  20. pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.
Dengan kapsul ini  memudahkan anda mengamalkan KUNYIT untuk amalan harian anda.