RSS
Banner5

Jun 24, 2011

Sedekah Saham yang Tiada Ruginya

BERSEDEKAH, antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup kita. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing. Selain itu juga, sedekah juga membina akhlak manusia itu. Ia bukan sekadar bercakap baik tetapi akhlak pun baik, dan ia perlu datang dari hati. Oleh itu, hati ini kita kena pupuk, termasuklah membuangkan rasa cinta pada dunia dengan jalan bersedekah. Ajarilah ank2 kecil kita untuk mengenal erti bersedekah dari usia mereka kecil lagi...agar ianya akan menjadi amalan hidup ank2 kita nanti....insyaallah

Saya kongsi satu artikel untuk sahabat2 sy.....
 
"Katakanlah kepada hamba2 Ku yang beriman, 'hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tiada jual beli dan persahabatan". (Surah Ibrahim:31)
 
Sedekah adalah Saham Yang Tiada Rugi (Andai Di penuhi Syarat-syaratnya)
 
Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamr (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)
 
Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111
 
Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka, yakni orang lain.
 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan.
 
Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan" (Hadith Riwayat Muslim)
 
1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.
 
2. Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan didalam Islam.
 
3. Bagi golongan yang kaya yang mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan, bantuan basikal untuk kanak–kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang amat memerlukan.
 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya". (Riwayat Muslim)
 
1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
 
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
 
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
 
4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.

 
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah Al-Baqarah 2:  Ayat ke 261)

Dipetik dari : www.iluvislam.com
Editor : Zulhafidz

Perjalanan hati tentukan kualiti ibadat

Saya ingin berkongsi artikel di bawah ini....... semoga kita dapat melakukan ibadat kepada Allah swt dgn hati yg tenang dan sabar...... 


Hati adalah tempat utama serta faktor penentu amalan seseorang itu diterima atau ditolak Allah.
Anggota lain hanyalah sebagai penterjemah kepada apa diucapkan oleh hati hingga ada ungkapan menyebut, ‘hati adalah raja dan anggota lain sebagai tentera’.

Daripada Anas, Nabi SAW bersabda bermaksud:

 “Tidak akan teguh iman seseorang sehingga hatinya berada dalam keadaan tetap dan teguh.” (Hadis riwayat Ahmad)


Imam Masjid an-Nabawi, Madinah, Syekh Abd Rahman Al-Huzayfi, berkata maksud tetap dan teguh adalah akidah tauhid, kecintaan kepada Allah, mengagungkan serta ketaatan kepada-Nya.

Katanya, amalan yang baik dan berkualiti lahir daripada hati yang ikhlas dengan mengharap balasan pahala selain berasa takut serta gerun dengan balasan azab. Ketakutan itu antara cabang iman dan seseorang akan menjadi syirik jika sifat takut diletakkan kepada selain daripada Allah.

“Ada beberapa sifat takut antaranya takut yang biasa ada pada semua orang beriman, rasa gementar di hati terhadap balasan dan kekuasaan Allah, takut dengan menjauhi dari melakukan perkara terlarang dan ketakutan yang diiringi kebesaran serta keagungan Allah,” katanya.

Syekh Abd Rahman berkata, sifat takut dianjurkan ialah takut kepada Allah bukan syaitan yang suka menakutkan manusia atau manusia yang suka menakutkan manusia lain.
Katanya, Allah berjanji kepada mereka yang mempunyai sifat takut kepada-Nya dengan ganjaran yang besar dalam firman bermaksud:
 “Bagi sesiapa yang takut pada Tuhannya akan mendapat dua syurga. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? Iaitu syurga yang mengalir padanya dua mata air yang memancar.” (Surah Ar-Rahman, ayat 47-49)

Mereka juga dijanjikan dengan keselamatan dari segala keburukan di dunia dan mendapat banyak kebaikan serta kesudahan yang baik.

Pada masa sama katanya, umat Islam perlu sentiasa merawat hati mereka kerana Allah tidak melihat kepada paras rupa seseorang, tetapi hati serta amalannya.

Ibnu Rejab berpendapat, sifat takut yang tertinggi ialah apabila sifat itu diiringi dengan amalan salih serta meninggalkan perkara terlarang dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa seterusnya menjadikan seseorang lebih merendah diri dengan kebesaran Allah.

Seorang ilmuwan tersohor, Abu Sulaiman menyebut: “Tidak akan terpisah antara sifat takut daripada manusia melainkan mereka akan binasa.”

Sementara itu, harapan adalah antara jalan terbaik menuju Allah dan lebih sempurna bergandingan dengan sifat takut.

Apabila kedua-dua sifat ini berada dalam diri manusia, mereka akan menjadi peka dan khusyuk terhadap kebesaran serta azab Allah.

Sabda Rasululullah SAW bermaksud:
“Jika seorang mukmin mengetahui akan kehebatan azab Allah nescaya mereka tidak akan mengendahkan syurganya dan jika seorang yang kafir mengetahui betapa besarnya nikmat Allah, mereka tidak akan berputus asa untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Ibnu Qayyim menyebut: “Perjalanan hati dalam menuju kepada Allah adalah seumpama seekor burung yang sedang terbang di mana sifat kasih (mahabbah) adalah kepalanya. Takut dan berharap adalah kepaknya. Maka tatkala mana terdapat kombinasi yang baik antara kepala dan sayap, kedudukan burung itu adalah stabil dan mantap. Jika terputus kepalanya maka matilah ia dan jika hilang sayapnya, maka burung akan terdedah kepada bahaya pemburu.” (Kitab Madarijus Saalikin)

Kesimpulannya, takut daripada azab dan berharap ganjaran pahala daripada-Nya adalah perkara yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim. Ia harus kekal dalam jiwa mereka demi kestabilan jiwa dan pembersihan hati ketika disapa kesenangan dunia yang melalaikan. 

 Oleh Zamanuddin Jusoh 
 bhnews@bharian.com.my 
2011/06/11