APA ITU MADU?

Kemudian makanlah dari tiap-tiap ( macam ) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan ( bagimu ).Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalam terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. (Al-Nahl:69)
Tidak menghairankan bahawa dengan memakan madu secara tetap:
- Bayi atau kanak-kanak dapat membesar menjadi manusia yang kuat dan sihat.
- Orang-orang dewasa kelihatan muda dan kuat.
- Orang-orang tua hidup gembira dan lebih lama.

Madu ialah sejenis khasiat makanan semulajadi yang baik bagi kesihatan. Ia bukanlah sejenis ubat maka ia tidak mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini seperti yang biasanya terdapat pada ubat. Madu merupakan:
- Penggalak makanan.
- Pembantu menentukan penghadaman yang sempurna.
- Bahan anti-lemah semangat.
- Peransang terbitan hormon.
- Pembantu memulihkan fungsi alat kelamin.
- Pembantu menyeimbangkan tekanan darah.
- Pembantu mempercepatkan metabolisme.
- Sejenis antibiotik.
- Membantu mencegah penyakit dan jangkitan.
- Baik untuk kesihatan kulit.
- Sejenis agen yang memperlambatkan proses penuaan.

- Dapat mengurangkan paras kolestrol ( lemak ).
- Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
- Mengurangkan kemungkinan serangan penyakit jantung.
- Mengurangkan masalah putus haid ( menopaus ).
- Boleh mengurangkan sakit-sakit masa datang haid.
- Membantu mengurangkan penyakit lelah.
- Boleh membantu lelaki yang hilang tenaga.