RSS
Banner5

Dec 8, 2013

Bio Herbal Toothpaste


Bio Herbal Toothpaste (Kod: 11601- 06)
Berat Bersih: 160g
Harga Runcit: RM14.90
Harga Ahli: RM11.88

Untuk kebersihan mulut yang maksima. Penggunaannya akan menghilangkan semua kesan dan kotoran (nikotin daripada rokok) pada gigi.

Diperbuat dengan kombinasi 5 ramuan semulajadi:

Camomile – Mengurangkan iritasi dan bakteria.
Sage – Membunuh bakteria dan menyegarkan nafas
Thyme – Membunuh bakteria, menyegarkan nafas, dan bagus untuk kesihatan gigi dan gusi.
Daun Pudina – Mencegah bau mulut.
Myrrh – Membunuh bakteria dan merawat jangkitan.


Bio Herbal Conditioner


Bio Herbal Conditioner
Harga:RM18.00
Harga Ahli:13.50

Dirumus khas untuk kesuburan rambut. Cationic Conditioning Agent mengubah rambut kering kepada rambut yang lebih licin dan berkilau. Rambut menjadi  lebih lembut dan tidak kusut lagi. Selain itu rambut juga menjadi lebih lebat  dan kuat. Jojoba Oil menjadikan rambut lebih beralun, Coltfoot Extract menyingkirkan minyak yang berlebihan dan mengurangkan kelemumur, selain itu dapat membantu membaiki dan menguatkan rambut dan memberi kilauan yang berpanjangan pada rambut.

Bio Herbal Shampoo AntiDandruff


Bio Herbal Shampoo AntiDandruff
(Kod:14302–06)
Berat bersih : 200ml
Harga Runcit: RM18.50

*HOT ITEM!! Diformulasi dari Triclosan dan Minyak Tea Tree ini berupaya menghilangkan­ kelemumur dan kegatalan kulit kepala dengan  berkesan.­ Pro Vitamin B5 pula dapat menambahkan kelembapan rambut, manakala Polyquaternium melicin dan menjadikan rambut mudah diurus. Penggunaannya yang kerap menjadikan rambut anda lebih lembut dan sihat tanpa kelemumur.

Bio Herbal Shampoo


Bio Herbal Shampoo 
(Kod:14102–06)
Harga Runcit: RM14.90
Harga Ahli: RM11.18

Formula syampu herba yang jernih ini diperkaya dengan perapi polymer untuk rawatan yang efektif bagi rambut yang rosak. Ianya mengandungi 3 jenis herba semulajadi. Ekstrak Cammomile bertindak menghalang bakteria dan melegakan kegatalan kulit kepala, ekstrak Brich adalah untuk meningkatkan keanjalan rambut dan ekstrak Coltsfoot pula bertindak membuang lebihan minyak. Gunakan selalu untuk semua jenis rambut supaya kelihatan lebih menawan, bersih dan bersinar.

Pattrena BHA Acne Cream


Kod: 22104
Berat Bersih: 8g
Harga : RM26.53

Pattrena BHA Acne Cream
Tekstur krimnya yang unik hasil dari gabungan BHA, AHA dan pelembab untuk menjadikan kulit lebih lembab dan halus.

Arahan:
Picit sedikit krim pada jari, sapukan pada kawasan berjerawat pada setiap pagi dan malam.

Tips:
Gunakan pembersih muka Pattrena Acne Cleansing Foam untuk kesan yang lebih cepat.

Pattrena Acne Cleansing Foam


Spesifikasi
Kod: 22103-06
Isipadu Bersih: 50 ml
Harga: RM 31.00

Pattrena Acne Cleansing Foam 
Satu inspirasi terbaru untuk membersihkan wajah. Tekstur buihnya amat bersesuaian untuk pengguna yang mempunyai masalah jerawat. Kombinasi hebat daripada Triclosan, Stay-C(stable vitamin C Derivative), Tea Tree oil, Lavender oil dan Chamomile Extract yang dapat membersihkan wajah anda dengan sempurna.

Letakkan sedikit pembersih ini di tapak tangan, gosok dengan lembut untuk kesan buih dan sapukan pada wajah. Kemudian bilas dengan air bersih.

Nov 27, 2013

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW


Tubuh badan kita juga satu bentuk amanah daripada Allah dan kita patut menjaganya dengan baik. Berikut adalah makanan-makanan kegemaran Rasulullah SAW yang banyak khasiatnya:

1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.

5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.


8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

Banner311. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

13. Labu: Labu kuning merupakan salah satu bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah kekurangan vitamin A yang memungkinkan kita dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.

Nov 21, 2013

Serbuk Minuman MUCHO@Muteen



Stay Natural, Stay Healthy
Energize Chocolate malt drink
2kg
Harga RM30
sangat2 berbaloi!

CADANGAN PENYEDIAAN:

ORIGINAL
Susu tepung skim memang satu ramuan MUCHO. Anda boleh menikmati rasa yang lazat dengan hanya menambahkan air panas.
200ml air
5 sudu kecil MUCHO


MILKY
Untuk lebih berkhasiat, tambahkan susu tepung200ml air
5 sudu kecil MUCHO
4 susu kecil krimer/susu tepung




SHAKE
Tambahkan 1 scoop aiskrim dan ais, kemudian di"shake" dalam shaker atau di ais-blend.
100ml air

5 sudu kecil MUCHO
1 scoop aiskrim dan ais

Popia Simpul Kasih




POPIA SIMPUL KEKASIH 
RM 35.00 SEKILO

RM 18.00 (1/2KG) 

Berminat bolehlah pm.....
dijamin sedap! In sya Allah

Nov 20, 2013

Cal D Mag Plus



CAL-D-MAG PLUS
Harga Runcit : RM50.30
Harga Ahli:  RM37.73

Makanan tambahan kalsium akan menguatkan tulang dan gigi serta bertindak mencegah osteoporosis.

Khasiat utama kalsium:

  • Membantu menguatkan tulang dan gigi; melindungi kesihatan tulang dan gigi daripada kerosakan.
  • Mencegah osteoporosis
  • Membantu meningkatkan tahap ketumpatan tulang.
  • Membantu pertumbuhan kanak-kanak dari segi kekuatan dan ketinggian.


Vitamin D3
Membantu meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam badan.

Magnesium
60 - 70% magnesium dalam badan terdapat pada tulang. Magnesium sangat penting utnuk pertumbuhan tulang, tindakbalas saraf dan pergerakan otot. Magnesium yang mencukupi membantu menguatkan tulang.

TULANG DAN KASLSIUM
Kalsium merupakan mineral yang paling tinggi kandungannya dalam badan. Ia merupakan mineralutama bagi struktur tulang dan gigi. Bagi kanak-kanak, kalsium sabgat penting untuk pertumbuhan dan ketinggian ketika puncak pertumbuhan mereka. Puncak pertumbuhan merulakan tempoh pengumpulan jisim tulang bagi pertumbuhan dan membantu meningkatkan jisim tulang sehingga mencapai tahap maksimum. Bagi golongan dewasa, kekurangan kalsium dalam badan boleh mengakibatkan daya serapan terhadap kalsium terlalu tinggi dan boleh menyebabkan osteoporosis serta mengutangkan kekuatan tulang.

Kesan yang paling serius apabila seseorang itu menghidap osteoporosis adalah mengalami sakit belakang yang kronik, dan menyebabkan kerosakan tulang belakang menjadikan mereka tidak mampu berjalan seperti orang normal. Bagi kalangan wanita, mereka lebih cederung menghadapi osteoporosis berbanding lelaki (4 kali ganda berbanding lelaki) dan bagi wanita menopause, dalam tempoh lima tahun pertama, jisim tulang mereka akan mengalami pengurangan yang berulang dan lebih cenderung kepada gejala osteoporosis. Namun begitu, bagi mereka yang menjaga kekuatan dan jisim tulang sewaktu muda atau remaja akan menjadikan kekuatan dan jisim tulang mereka lebih kuat serta kurang terdedah kepada risiko osteoporosis apabila mereka menopause kelak.

Keperluan kalsium adalah berbeza mengikut peringkat umur:

UMUR
KEPERLUAN HARIAN KALSIUM
Bayi
600 mg
Kanak-kanak
800 mg
Remaja
1200 mg
Dewasa (25 – 50 tahun)
1000 mg
Warga Emas
1000 mg
Wanita selepas menopause
1500 – 2000 mg

Oleh itu, kalsium merupakan nutrien yang sangat penting dan kebanyakan masyarakat menghadapi kekurangan kalsium. Maka. amalan meminum susu dan pengambilan makanan tambahan yang berkalsium tinggi setiap hari merupakan langkah yang baik untuk meningkatkan taraf kesihatan badan.

Khasiat Buah Delima Untuk Ibu Hamil

Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita. Tambahan pula bagi ibu hamil, amalkan makan sebiji buah delima yang masak setiap hari. In shaa Allah, mata bayi anda akan bersinar dan bercahaya.


Khasiat Buah delima untuk Ibu Hamil
Buah delima  melindungi otak bayi semasa kelahiran. Malah dengan hanya minum jus buah delima sewaktu kehamilan, ini dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang hamil, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Tip Memilih Buah Delima
Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih dan kulit  tidak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan jika disimpan dalam peti ais.

Nov 3, 2013

Khasiat Biji Anggur


Grape Seed Oil mengandungi phytonutrien istimewa yang ditemui pada buah anggur yang dinamakan Polyphenols. Pada tahun 1985, Prof Jacques menemui polyphenols yang terdapat di dalam buah anggur dan bijinya mempunyai lebih Oligomere Proanthrocyanidin (OPC) berbanding daripada phytonutrient yang lain.
Keistimewaan itulah yang menjadikan minyak biji anggur cukup popular di negara beriklim sejuk. Ini kerana ia juga dikenalpasti sebagai produk dari sumber alam semulajadi yang mampu mencegah atau menyekat tumbesaran tumor atau ketumbuhan, antisclerosis dan merangsang keupayaan sel-sel.

Apa itu OPC?
• OPC's ialah antioksida yang utama dan penting
• Bertindak melindungi tisu-tisu dan pelbagai kecederaan oksidatif
• Mempunyai kekuatan lebih 50 kali lebih daripada Vitamin E dan 18.4 kali lebih kuat dari Vitamin C
• Menghalang dari radikal-radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
Oligomeric Proantho Cyanidin atau OPC merupakanbahan antioksida dan unsur semulajadi penting yang terdapat di dalam biji anggur. OPC diklasifikasikan dalam kumpulan polifenol yang terdiri daripada flavoid dan flavanol istimewa. Di dalamnya terdapat bahan semulajadi dan tidak bertoksid. Di samping itu, OPC amat kaya dengan protein terutamanya kalogen yang menjadi bahan utama terhadap pembentukan sel dan tisu. Malah OPC berfungsi 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E dan 20 kali lebih berkesan berbanding Vitamin C. Kajian menunjukkan, berbanding tumbuhan lain, OPC paling banyak didapati di dalam biji anggur. Pengambilan OPC tidak akan memberikan sebarang risiko sampingan kepada pengguna. Kadar dos penggunaan harian yang sesuai adalah antara 100 hingga 150 mg sehari.

Kelebihan dan Kebaikan Grape Seed Oil
• Meneutralkan bahan radikal bebas yang menyerang dan merosakkan sel DNA manusia
• Bertindak sebagai bahan antioksida mudah serap yang berfungsi untuk membantu sistem tubuh manusia
• Berupaya menurunkan kadar LDL kolestrol
• Membantu meningkatkan kekuatan dan keanjalan salur darah
• Pemangkin kepada peningkatan tahap sistem imunisasi tubuh serta daya tahan terhadap serangan penyakit
• Menyumbang bahan kolagen untuk kulit dan awet muda
• Menghalang pembengkakan dan keradangan
• Melancarkan perjalanan darah
• Mengurangkan gangguan ketahanan sistem tubuh untuk wanita yang hampir monopous
• Membantu memulihkan kesihatan sel dan tisu badan
• Mencantikkan kulit dengan menggalakkan pembaikan dan pembentukkan tisu
• Amat sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan perkembangan janin di dalam kandungan
• Bertindak sebagai bahan anti bakteria, anti virus, anti kanser dan pelindung kepada alahan
• Berfungsi sebagai penghalang oksidasi awal lipid, kerapuhan dan kekerasan dinding kapilari darah


Manfaat biji anggur ini telah lama diketahui masyarakat di Eropah. Dahulu, kulit yang sedang bermasalah lazimnya disembuhkan dengan biji anggur yang telah dilumatkan. Menuju era yang lebih modern, biji anggur kemudian diolah menjadi beragam produk misalnya ekstrak biji anggur dan juga minyak biji anggur. Keduanya cukup popular dalam industri kecantikan, kuliner maupun kesihatan.

Para peneliti & pengkaji membuktikan bahawa biji nya mengandung sejumlah senyawa penting antara lain Zn atau seng, mangan atau Mn dan sejumlah mineral penting lainnya. Selain itu, biji anggur ini juga diketahui mengandung senyawa lain bernama endungeoned pycnogenol. Ia berperan dalam menguatkan fungsi kolagen dalam tubuh sehingga kulit tetap sehat, pembuluh darah tetap fleksible dan mencegah gejala stroke. 

Selain itu, biji anggur juga diketahui mengandung senyawa anti-oksidan yang tinggi. Karena itu, salah satu manfaat biji anggur ini adalah untuk memelihara kesehatan sel tubuh manusia, membuat awet muda dan lebih kebal terhadap serangan penyakit. Berdasarkan penelitian tokoh bernama Shiuan Chen PhD dari Beckman Research Institute, biji aggur mengandung senyawa tertentu yang bisa menekan aktifitas hormon estrogen yang terlalu berlebihan dan bisa berbuntut pada kanker payudara. Hal ini terkait dengan kandungan grape seed proanthocyanidins/GSPs yang memang diketahui ampuh menghambat kerja estrogen.

Selain hal tersebut di atas, senyawa grape seed proanthocyanidins/GSPs juga terbukti mampu menghalau efek buruk sinar UV yang jika dibiarkan akan memicu zat karsiogenik atau pencetus kanser. 

Biji anggur sudah terkenal sebagai bahan antioksidan dan serat yang tinggi sehingga mampu menjadi sumber energi yang menyegarkan dan mampu mencegah penuaan diri. ditambah dengan vitamin C dan E, disamping kandungan Beta_carotaner dan Selenium menjadikan produk ini lebih berkhasiat. Vitamin C, selain dapat menyihatkan gusi dan mulut (bermanfaat anti sariawan), juga mengandung aktioksidan yang dapat menjaga imunisasi tubuh. Ekstrak biji anggur dapat mengurangkan masalah penyakitkan jantung ischemic dan mampu meningkatkan fungsi jantung.

Menurut penelitian biji buah anggur memiliki kandungan mineral, seng dan mangan yang bermanfaat bagi tubuh. di dalam biji anggur terdapat kandungan endungeoned pycnogenol, yaitu zat penguat kologen yang dapat menjaga kelenturan pembuluh darah kita.  Kelenturan pembuluh darah sangat penting untuk mencegah gejala stroke. Menurut penelitian lainya juga menyimpulkan bahwa di dalam biji buah anggur juga terkandung antioksidan yang bermanfaat untuk menjaga kekebalan tubuh manusia.

Ia juga mampu menghalang pertumbuhan sel kanser dalam badan manusia seperti kanser prostat, kanser payudara dan kanser mulut.Ekstrak biji anggur juga amampu meningkatkan sintesis kolagen pada kulit.

Kelebihan

  • Mengurangkan pengumpulan kolestrol pada dinding arteri.
  • Mencegah Stenosis dan pembuluh darah dari tersumbat.
  • Meningkatkan kekuatan otot jantung.
  • meningkatkan daya tahan otot jantung askemia
  • mengurangkan kadar denyutan jantung
  • mengurangkan kadar kematian akibat penyakit jantung kardiovaskular
  • menghalang beberapa sel kanser dalam tubuh manusia seperti kanser perut,kanser prostat dan kanser payudara
  • mencegah wabak yang berkaitan dengan mulut seperti sengau hidung dan kanser esofagus bagi kalangan mereka yang gemar  mengunyah daun teh sekali  gus berisiko menghidapi kanser tersebut.
Kajian yang dibuat terhadap satu kelompok besar (lebih 10,000 orang) menunjukkan bahawa amalan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan Beta-carotene, vitaminC dan vitamin E mampu mencegah kanser payudara, kanser paru-paru dan penyakit jantung ischemic. Antioksifda sermulajadi ini yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayuran juga dapat membantu melambatkan proses penuaan.

Ekstrak biji anggur jugamengandungi bioflavonoid yang berganda dan dikenali sebagai Proanthocyanidins atau Oligomer Procyanidolic (PCOs) yang merupakan antioksida yang berpotensi.Antara makanan yang kaya dengan sumber PCOs adalah seperti biji anggur, Blueberry, buah ceri, plum, kekacang dan sayuran.

Bagi anda yang inginkan khasiat biji anggur dengan mudah dan efektif, KAPSUL GRAPE C-E PLUS 50 mg GIFFARINE memberikan anda khasiat biji anggur yang anda perlukan!

Grape C-E Plus



Grape C-E Plus (MAL11125088N)
50 mg/kapsul
Isi Kandungan : 30 kapsul
Harga RM45.20
Ambil 1 kapsul sehari selepas makan.

Khasiat Grape C E Plus 
  • Menyingkirkan radikal bebas.
  • Mengurangkan keradangan (inflammatory).
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat.
  • Melambatkan proses penuaan.
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit.
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet.
  • Membantu fungsi sistem saraf otak.


Peringatan - Tidak disarankan kepada kanak-kanak dan wanita hamil.

Oct 29, 2013

TEH HIJAU @ green tea




Perumpamaan Cina :
"Lebih baik berlapar selama 3 hari dari sehari tidak minum Green Tea".









GREEN TEA telah diamalkan di Negeri Cina semenjak 4000 tahun dahulu. Orang cina telah menggunakan kebaikan Green Tea untuk merawat segala macam penyakit dari sakit kepala sehingga kemurungan. Kesemua jenis teh adalah dari jenis pokok yang sama iaitu Camellia Sinensis. 



Kaedah pemprosesan membezakan jenis teh:
-hijau
-hitam
-oolong

Daun teh yang baru dipetik diwapkan untuk satu tempoh pendek dan proses ini menghalang daun bertukar warna atau pun mengalami penapaian. Selepas pengwapan daun ini dikeringkan. Kandungan polyphenols dalam teh hijau tidak terjejas berbanding dengan teh yang lain.
Kini kajian saintifik telah membongkarkan rahsia kebaikan Green Tea antaranya seperti di dalam Journal Of The National Cancer Institute, 1994, mengatakan satu kajian epidemiologi menunjukkan yang meminum Green Tea mengurangkan risiko barah esophagus dikalangan lelaki dan wanita Cina sebanyak 60%.
Secara umum Green Tea didapati menyihatkan apabila diminum semasa rawatan barah, arthritis rheumatoid, aras kolesterol tinggi, penyakit kardiovaskular, jangkitan dan penurunan fungsi imun.

Kenapa GREEN TEA Istimewa?

Rahsianya adalah paras catechin polyphenois yang tinggi khususnya epigallocatechin gallate (EGCG). EGCG adalah antioksidan yang hebat. Antioksidan Green Tea 100 kali lebih berkesan berbanding vitamin C dan 25 kali lebih kuat dari Vitamin E dari segi perlindungan sel dan DNA daripada kerosakan oksidan ia juga dianggar 2 kali lebih baik dari resveratol yang terdapat dalam wine merah.

Antioksidan yang kuat telah dibuktikan berupaya melawan virus, melambatkan penuaan dan mempunyai kesan baik keatas kesihatan. Radikal bebas adalah molekul yang amat reaktif dan boleh mencederakan sel dalam badan dan seterusnya menjadikan badan terdedah kepada pembentukan barah, penyakit jantung dan penyakit degeneratif dan metabolik.
Catechin memusnahkan radikal bebas dan mempunyai kesan yang menakjubkan ke atas kesihatan seluruh badan.
Selain dari itu ia boleh membantu merencat pertumbuhan sel barah, pengawalan paras kolesterol LDL dan secara tidak langsung mengurangkan gumpalan darah tak normal yang menjadi penyebab utama serangan jantung dan strok.

Khasiat Kesihatan Green Tea / Teh Hijau
Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan . Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
· Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.


2.Membantu mengawal paras gula darah
· Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah
· Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4.Menguatkan sistem imun
· Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5.Menurunkan aras kolesterol
· Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6.Menggalakkan pembakaran lemah
· Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2). Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadaman

Green Tea Extract (ECGC)

GREEN TEA (ECGC)
RM 62.00 (30 Capsule)
Teh Hijau mempunyai komponen aktif Poliphenol atau Catechins. Catechins dalam teh mengandungi Epicgallocatechin-3-gallate (EGCG), Epicatechin-3-gallate, Epicatechin Epigallo catechin, Gallocatechin gallate dan Catechin.

EGCG adalah egen yang paling berkesan dalam proses anti oksidan. Ia adalah 25-100 kali lebih efektif daripada Vitamin C dan Vitamin E.

Kajian menunjukkan bahawa Teh Hijau boleh:
  • Mengurangkan lemak dengan merangsang pengoksidaan lemak
  • mengurangkan lipid dalam darah
  • membantu untuk mencegah trombosis dan baik untuk jantung
  • berfungsi sebagai anti oksidan dan antikanser
  • menghalang pembentukkan banyak strain bakteria yg merupakan penyebab kerosakkan gigi.

KUNYIT

Pokok kunyit boleh dikatakan pokok serba guna, setiap bahagiannya mempunyai peranan tersendiri. Daunnya mampu membangkitkan aroma masakan begitu juga bunganya. Apalagi buahnya yang mempunyai seribu satu khasiat selain untuk penyedap masakan. Bagi masyarakat India, kunyit dijadikan bahan utama untuk rempah kari dan piccalilli (acar pedas). Di samping menjadi pewarna dan perasa di dalam masakan ia juga menjadi sebahagian perubatan tradisional.

Bagi masyarakat Melayu kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di dalam perubatan Thai kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.

Kunyit merupakan bahan dapur yang memilik banyak khasiat. Ia sejenis tanaman rempah-ratus sebagai pelengkap perencah dapur yang sangat terkenal di negara kita. Kunyit tergolong dalam kelompok halia dengan warna yang khas iaitu kuning. Rasanya agak pahit, sedikit pedas serta mempunyai aroma khas dan ubi/isi berwarna kuning kejingga-jinggaan. Batangnya berwarna hijau atau agak keunguan, berdaun 4 hingga 8 helai dan berbunga coklat serta berwarna kemerah-merahan dan kuning di tengahnya.

Menurut sebuah kajian dalam Neurobiology of Aging, curcumin iaitu suatu sebatian yang terdapat dalam kunyit yang sering digunakan sebagai bahan masakan, antara lain ialah kari, dapat mengurangkan inflamasi dan pengoksidaan yang merosakkan sel-sel otak yang mempengaruhi ingatan. Kajian pada sebatian anti-inflammatory lain juga menunjukkan, semakin awal mengamalkan sebatian ini, semakin kecil kemungkinan untuk mendapat penyakit alzheimer.

Para penyelidik menganjurkan untuk memakan masakan yang mengandungi kunyit 3 kali seminggu. Kita beruntung kerana selain kari, kita masih mempunyai banyak masakan lain yang menggunakan rempah kunyit. Yang paling mudah ialah minum kunyit asam yang sudah terkenal khasiatnya.

Kari membunuh sel-sel kanser, jadi ia baik untuk membantu mencegah kanser kolon. Kajian laboratorium di Louisiana State University menemui, curcumin, pigmen kuning di dalam kunyit, menghancurkan 25% sel-sel kanser kolon dalam 24 jam. Dapatkan 1/2 sudu teh kunyit setiap hari dan tambahkan pada sup, nasi atau salad. Kunyit dalam masakan kari dikatan membantu mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan sistem imun, selain dapat mencegah alzheimer dan penuaan.

Rata-rata daripada kita menggemari masakan kari. Kari berasal dari bahasa 'Tamil' yang bererti sos atau pelbagai jenis masakan sayur-sayuran dan daging dari India Selatan yang dimakan bersama nasi putih. Kari juga dikatakan sebagai nama untuk berjenis-jenis makanan yang menggunakan campuran bahan dan rempah ratus sehingga mempunyai rasa berempah yang pedas. Antara bahan yang digunakan untuk membuat kari termasuklah ketumbar, lada, cili, serbuk lada benggala, jintan putih, jintan manis, kunyit, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, daun kari dan cengkih. Manakala serbuk kari (curry powder) merupakan campuran dari pelbagai jenis bahan dan rempah yang pertama kali dibuat oleh orang Inggeris yang rindu pada masakan kari India.

Jika anda bukan penggemar kari, anda boleh mencuba pais, gulai kuning atau masakan-masakan yang menggunakan bahan kunyit. Selain itu serbuk kunyit juga boleh ditabur pada makanan seperti telur, ikan, ayam, daging, nasi, mi dan sayuran, sos stik dan barbeku. Kunyit juga boleh digunakan sebagai pengganti halia pada masakan Asia atau India.

Beberapa kajian yang telah dibuat menunjukkan kunyit boleh membantu proses penghadaman dan mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut. Kunyit yang disapukan dengan minyak jika disapu akan membantu menghaluskan kulit. Kunyit juga boleh digunakan sebagai tonik bila dicampurkan dengan manisan dan minyak bijan. Juga boleh membantu masaalah datang haid bulanan dan juga membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah dan elok digunakan dalam keadaan anemia atau kekurangan darah merah. Kunyit yang dicampurkan air boleh digunakan untuk merawat gatal gatal, kudis, sakit sakit lutut, sendi dan ruam

Manakala dipandang dari sudut saintifik pula, kunyit diyakini baik sebagai;

- Agen antiseptik dan antibakeria semulajadi yang sangat berguna dalam pembasian luka serta kesan terbakar.

- Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.

- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru-paru.

- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak-kanak.

- Dapat menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheumer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.

- Boleh mencegah daripada berlaku pelbagai bentuk kanser yang berbeza jenisnya.

- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.

- Boleh membantu dalam metabolisma lemak dan membantu dalam penurunan berat badan.

- Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri-ciri anti-radang, ia adalah satu rawatan semulajadi untuk artritis dan artritis reumatoid.

- Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel serta mengurangkan kesan sampingan.

- Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.

- Menghentikan pertumbuhan saluran darah beku di dalam tumor barah.

- Sangat pantas dalam penyembuhan luka-luka serta membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.

- Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain-lain keadaan kulit radang.

Kita beruntung kerana kaya dengan masakan tradisional dengan rempah segar termasuk kunyit. Sama ada kita mahu atau tidak untuk meneruskan rutin nenek moyang yang rajin makan makanan berempah agar tubuh kekal sihat. Ia merupakan sebuah rawatan kesihatan yang murah dan mudah yang perlu terus kita kekalkan.

Curcuma Capsule

KUNYIT adalah sejenis herba semulajadi yang diubah menjadi produk kesihatan. Kajian penyelidikan klinikal telah membuktikan kunyit mempunyai pelbagai manfaat untuk kesihatan termasuklah :
1. Baik untuk fungsi usus dan hati. mengurangkan GASTRIK dan meningkatkan penghadaman

2. Meningkatkan fungsi jantung , peredaran darah , menurunkan darah beku di jantung dan memberi perlindungan daripada kerosakan otak

3. Khusus untuk menghalang pertumbuhan dan kematian sel yang disebabkan oleh kanser , seperti kanser usus besar , pundi kencing , prostat , nodus limfa , sel-sel darah putih , paru-paru , hati ,payudara , ovari dan kanser serviks

4. Memberi perlindungan kepada otak : melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer

5. Melawan penyakit malaria..

DISYORKAN KEPADA MEREKA YANG ADA MASALAH GASTRIK & IBU BERPANTANG!!
Harga: RM 35.00
Kod : 41008 - 06


CURCUMA CAPSULE (kapsul kunyit)
KHASIAT KUNYIT 
  1. membantu proses penghadaman
  2. mengurangkan ‘gas’ atau angin dalam perut
  3. membantu meningkatkan pengeluaran sel darah merah
  4. melancarkan peredaran darah
  5. menghilangkan kesan lebam
  6. menguatkan pundi hempedu
  7. menyekat pembekuan darah yang bahaya
  8. mengurangkan toksin hati
  9. membantu memetabolismakan lemak
  10. membantu menghalang kolesterol menyempitkan arteri
  11. mengurangkan paras kolesterol darah
  12. membunuh sel kanser, terutamanya kanser esofagus
  13. meransang sel dalam sistem imuniti
  14. antiseptik sedia untuk luka, luka terbakar dan luka lebam
  15. merawat arthritis (sakit sendi)
  16. merawat asma (lelah),
  17. merawat jaundis (sakit kuning)
  18. digunakan dalam rawatan mengurangkan kemurungan
  19. mengecutkan rahim dan mencuci darah
  20. pes untuk mengubati penyakit kulit dan gatal-gatal.
Dengan kapsul ini  memudahkan anda mengamalkan KUNYIT untuk amalan harian anda.

Oct 8, 2013

Mitos dan FAKTA bawang putih

BAWANG putih sememangnya terkenal di kalangan masyarakat tidak kira di mana dan apa bangsanya. Selain kegunaannya dalam masakan, bawang putih juga menjadi bahan perubatan tradisional.

Kegunaannya merentasi kaum lantaran manfaat bawang putih sememangnya tidak boleh diperkecilkan. Garlicine!

Sebab itu semua sependapat bahawa bawang putih merupakan bahan makanan yang ajaib - sarat dengan nutrien, vitamin, mineral dan bersifat antioksidan. Lebih daripada itu, ia merupakan bahan masakan rendah kalori selain rasanya yang tersendiri menambah keenakan banyak hidangan.

Tentunya ramai yang ingin tahu fakta nutrisi di sebalik bawang putih.

Seulas bawang putih mengandungi:

* 1.76 gm air

* 4 kalori

* 0.19 gm protein

* 0.1 gm serat

* 0.99 gm karbohidrat

* 0.03 gm gula

* 0.01 gm lemak

Bebas kolesterol atau lemak tepu.

Bawang putih juga mengandungi pelbagai mineral dan vitamin. Lebih menarik lagi jika diteliti fakta nutrisi, seulas bawang putih mengandungi 5 mg kalsium, 1 mg magnesium, 0.05 mg besi, 5 mg fosforus, 0.018 mg asid pantotenik, 0.037 mg vitamin B6 (pyridoxine) dan juga selenium. Malah, bagi setiap 100 gm bawang putih mengandungi 95 peratus B6, 52 peratus vitamin C, 21 peratus zat besi, 10 peratus zink, 18 peratus kalsium dan 26 peratus selenium.

Namun keajaiban nutrisi bawang putih tidak berakhir setakat itu. Bahan makanan itu turut mengandungi antioksidan yang tinggi berkaitan dengan manfaat dari sudut kesihatan. Ia termasuk berfungsi merendahkan paras kolesterol, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular.

Bahan kimia yang berperanan untuk manfaat tersebut dikenali sebagai allicin, diallyl disulfide, diallyl trisulfide danallyl propyl disulfide.

Satu perkara penting yang perlu diingat untuk mengekalkan nutrisi bawang putih adalah bahan tersebut perlu diracik atau ditumbuk dibiarkan selama 5 hingga 10 minit sebelum dipanaskan atau sebelum ditambah bahan berasid semasa memasak.

Mengikut kajian American Heart Association sebanyak 74.6 juta orang dewasa mengidap penyakit darah tinggi yang mengakibatkan antara lain kematian mengejut, strok dan serangan jantung.

Disebabkan kesan negatif yang mungkin timbul di kalangan pengidap penyakit tekanan darah tinggi, keadaan seperti itu sering dirawat dengan ubat-ubatan. Bagaimanapun ramai yang lebih suka menggunakan suplemen semulajadi seperti bawang putih untuk merendahkan tekanan darah mereka. Lebih daripada itu banyak kajian mendapati nilai tambah jika pengambilan ubat-ubatan digabungkan dengan amalan memakan bawang putih untuk memperoleh kesan berganda dalam kawalan darah tinggi.

Banner2
Keserasian
Kajian juga menunjukkan ‘keserasian’ antara bawang putih dan tekanan darah di mana bawang putih mempunyai keupayan untuk merendahkan tekanan daran terutama di kalangan pesakit yang mengalami penderitaan tersebut.

Bawang putih secara umumnya selamat biarpun ada masanya bahan makanan itu boleh menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan bau yang tidak menyenangkan. Ia juga boleh menyebabkan pendarahan, oleh itu berhenti mengambil bawang putih sebelum pembedahan atau mengunjungi doktor gigi.

Ramai juga berpendapat bahawa bawang putih boleh membantu menurunkan berat badan. banyak tulisan mengenainya, malah ada pakar menyarankan pengambilan tablet bawang putih sebelum waktu makan.

Bagaimana data saintifik kaitan antara bawang putih dan penurunan berat badan agak terhad. Hanya kajian utama menunjukkan seekor tikus yang diberi makanan kandungan gula tinggi sepanjang tiga minggu. Tikus itu turut diberi suplemen bawang putih dan tidak berlaku sebarang peningkatan berat badan. Sama ada uji kaji tersebut mendatangkan kesan yang sama kepada manusia adalah tidak diketahui.

Sehubungan itu, mekanisme bawang putih untuk menurunkan berat badan masih tidak jelas biar pun ada yang berpendapat secara teorinya bawang putih merangsang otak yang mengawal selera.

Satu kajian terhadap manusia telah dijalankan menunjukkan bawang putih membantu menurunkan paras kolesterol. Banyak lagi uji kaji terhadap manusia diperlukan untuk menentukan manfaat bawang putih terhadap manusia.