19 June 2011 - Planning mendaki Bukit Broga ni muncul secara tiba-tiba aje...Kami sekeluarga tidak pernah mendaki kecuali suami memang dah selalu mendaki....Kami anak beranak termasuk ler baby 9 bln pun turut sama...perasaan kami mmg teruja.....Selepas subuh kami bergerak...kami berharap kami adalah orang yg terawal sampai di lokasi Bukit Broga tu...tp bila sampai aje...fuhhhhh ramainyer orang...ada yg baru nk mendaki dn ada yg dh turun.....hai ingatkan kami yg sampai...almaklumlah kami belum pernah sampai ke Bukit Broga ni.....tapi memang seronok. Kata suami kalau hendak mendaki gunung, so buat training kat Bukit Broga ni kerana di sini mental dan fizikal diuji.
Kaki Bukit Broga.... 1.7 Km |
Pendakian bermula |
Inilah babyku yang turut serta dalam pendakian ini.... |
Pemandangan dari atas Bukit Broga |
Inilah cabaran yg paling getir...letih mmg letih ...tp kerana semangat teruskan jua.... |
Gembira tawa baby ku...tiada byk ragam |
Memotivasikan anak2 yg dah kepenatan.....Papanya bersungguh2 agar anak2 tidak putus semangatnya |
Tinggal suku lagi pendakian untuk sampai ke Puncak Bukit Broga |
Inilah dia Puncak Bukit Broga |
Kami sekeluarga berasa amat gembira.....Pendakian telah berjaya, walaupun ini adalah pertama kali sy dn ank2 melakukan pendakian. Insyaallah kalau diizinkan Allah swt kami akan mendaki lagi bukit ini dan menyambung terus pendakian ke Gunung Tok Wan lagi 3.1 Km. Saya rasa ini adalah riadah keluarga yg paling menyeronokkan di samping kita sihat secara tidak langsung kita boleh memupukkan fizikal dan emosi yg mantap untuk ank2 kita. Insyaallah.