RSS
Banner5

Jun 24, 2011

Sedekah Saham yang Tiada Ruginya

BERSEDEKAH, antara amalan sunat yang dianjurkan dan digalakkan kepada umat Islam, tidak kira status atau taraf hidup kita. Malah amalan mulia ini bukan hanya kepada orang-orang kaya, tetapi mereka yang berpendapatan rendah juga disarankan melakukannya, menurut kadar kemampuan masing-masing. Selain itu juga, sedekah juga membina akhlak manusia itu. Ia bukan sekadar bercakap baik tetapi akhlak pun baik, dan ia perlu datang dari hati. Oleh itu, hati ini kita kena pupuk, termasuklah membuangkan rasa cinta pada dunia dengan jalan bersedekah. Ajarilah ank2 kecil kita untuk mengenal erti bersedekah dari usia mereka kecil lagi...agar ianya akan menjadi amalan hidup ank2 kita nanti....insyaallah

Saya kongsi satu artikel untuk sahabat2 sy.....
 
"Katakanlah kepada hamba2 Ku yang beriman, 'hendaklah mereka mendirikan solat, menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka secara sembunyi ataupun terang-terangan sebelum datang hari (kiamat) yang pada hari itu tiada jual beli dan persahabatan". (Surah Ibrahim:31)
 
Sedekah adalah Saham Yang Tiada Rugi (Andai Di penuhi Syarat-syaratnya)
 
Rasulullah saw bersabda: "Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamr (kurma)". - (Bukhari dan Muslim)
 
Firman Allah swt: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar." - Surah At-Taubah-ayat 111
 
Jangan anggap pemberian itu Hak Kita, sebenarnya didalam harta kita ada Hak Mereka, yakni orang lain.
 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai kenderaan yang melebihi dari keperluannya sendiri hendaklah bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai kenderaan dan sesiapa yang mempunyai lebihan bekalan makanan hendaklah ia bersedekah kepada orang yang tidak mempunyai apa-apa bekalan makanan.
 
Selanjutnya baginda menyebut bermacam-macam lagi harta benda yang baginda teringat hingga kami lihat bahawasanya tidak ada seorang pun dari kami yang benar-benar mempunyai kelebihan" (Hadith Riwayat Muslim)
 
1. Islam menggalakkan umatnya supaya memberi pertolongan dan bantuan kepada orang-orang yang susah dan orang-orang yang memerlukan bantuan samaada dari segi harta benda, kewangan dan sebagainya.
 
2. Hikmah bersedekah ialah untuk mengelakkan daripada mementingkan diri sendiri sebaliknya mengeratkan persaudaraan didalam Islam.
 
3. Bagi golongan yang kaya yang mempunyai harta kekayaan yang banyak digalakkan bersedekah dengan memberi bantuan makanan kepada golongan yang amat memerlukan, bantuan basikal untuk kanak–kanak kesekolah atau apa-apa sumbangan yang diperlukan bagi meraka yang amat memerlukan.
 
Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya". (Riwayat Muslim)
 
1. Orang yang bersedekah dengan ikhlas kerana Allah Taala tidak perlu bimbang tentang kekurangan hartanya kerana Allah Taala berjanji menambahkan keberkatan ke atas hartanya itu.
 
2. Keampunan yang diberikan oleh Allah keatas hambanya adalah semata mata sebagai suatu kemuliaan Allah kepadanya.
 
3. Hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan bersifat tawadduk serta rendah diri akan diangkatkan darjatnya.
 
4. Islam menggalakkan umatnya sepaya rajin bersedekah. Bagi orang-orang yang kaya hendaklah membelanjakan hartanya ke jalan yang diredhai Allah dengan memberi sumbangan kepada golongan yang amat memerlukan.

 
مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ۬ مِّاْئَةُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(Surah Al-Baqarah 2:  Ayat ke 261)

Dipetik dari : www.iluvislam.com
Editor : Zulhafidz

Perjalanan hati tentukan kualiti ibadat

Saya ingin berkongsi artikel di bawah ini....... semoga kita dapat melakukan ibadat kepada Allah swt dgn hati yg tenang dan sabar...... 


Hati adalah tempat utama serta faktor penentu amalan seseorang itu diterima atau ditolak Allah.
Anggota lain hanyalah sebagai penterjemah kepada apa diucapkan oleh hati hingga ada ungkapan menyebut, ‘hati adalah raja dan anggota lain sebagai tentera’.

Daripada Anas, Nabi SAW bersabda bermaksud:

 “Tidak akan teguh iman seseorang sehingga hatinya berada dalam keadaan tetap dan teguh.” (Hadis riwayat Ahmad)


Imam Masjid an-Nabawi, Madinah, Syekh Abd Rahman Al-Huzayfi, berkata maksud tetap dan teguh adalah akidah tauhid, kecintaan kepada Allah, mengagungkan serta ketaatan kepada-Nya.

Katanya, amalan yang baik dan berkualiti lahir daripada hati yang ikhlas dengan mengharap balasan pahala selain berasa takut serta gerun dengan balasan azab. Ketakutan itu antara cabang iman dan seseorang akan menjadi syirik jika sifat takut diletakkan kepada selain daripada Allah.

“Ada beberapa sifat takut antaranya takut yang biasa ada pada semua orang beriman, rasa gementar di hati terhadap balasan dan kekuasaan Allah, takut dengan menjauhi dari melakukan perkara terlarang dan ketakutan yang diiringi kebesaran serta keagungan Allah,” katanya.

Syekh Abd Rahman berkata, sifat takut dianjurkan ialah takut kepada Allah bukan syaitan yang suka menakutkan manusia atau manusia yang suka menakutkan manusia lain.
Katanya, Allah berjanji kepada mereka yang mempunyai sifat takut kepada-Nya dengan ganjaran yang besar dalam firman bermaksud:
 “Bagi sesiapa yang takut pada Tuhannya akan mendapat dua syurga. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah kamu dustakan? Iaitu syurga yang mengalir padanya dua mata air yang memancar.” (Surah Ar-Rahman, ayat 47-49)

Mereka juga dijanjikan dengan keselamatan dari segala keburukan di dunia dan mendapat banyak kebaikan serta kesudahan yang baik.

Pada masa sama katanya, umat Islam perlu sentiasa merawat hati mereka kerana Allah tidak melihat kepada paras rupa seseorang, tetapi hati serta amalannya.

Ibnu Rejab berpendapat, sifat takut yang tertinggi ialah apabila sifat itu diiringi dengan amalan salih serta meninggalkan perkara terlarang dan ia akan bertambah dari semasa ke semasa seterusnya menjadikan seseorang lebih merendah diri dengan kebesaran Allah.

Seorang ilmuwan tersohor, Abu Sulaiman menyebut: “Tidak akan terpisah antara sifat takut daripada manusia melainkan mereka akan binasa.”

Sementara itu, harapan adalah antara jalan terbaik menuju Allah dan lebih sempurna bergandingan dengan sifat takut.

Apabila kedua-dua sifat ini berada dalam diri manusia, mereka akan menjadi peka dan khusyuk terhadap kebesaran serta azab Allah.

Sabda Rasululullah SAW bermaksud:
“Jika seorang mukmin mengetahui akan kehebatan azab Allah nescaya mereka tidak akan mengendahkan syurganya dan jika seorang yang kafir mengetahui betapa besarnya nikmat Allah, mereka tidak akan berputus asa untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Muslim)

Ibnu Qayyim menyebut: “Perjalanan hati dalam menuju kepada Allah adalah seumpama seekor burung yang sedang terbang di mana sifat kasih (mahabbah) adalah kepalanya. Takut dan berharap adalah kepaknya. Maka tatkala mana terdapat kombinasi yang baik antara kepala dan sayap, kedudukan burung itu adalah stabil dan mantap. Jika terputus kepalanya maka matilah ia dan jika hilang sayapnya, maka burung akan terdedah kepada bahaya pemburu.” (Kitab Madarijus Saalikin)

Kesimpulannya, takut daripada azab dan berharap ganjaran pahala daripada-Nya adalah perkara yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim. Ia harus kekal dalam jiwa mereka demi kestabilan jiwa dan pembersihan hati ketika disapa kesenangan dunia yang melalaikan. 

 Oleh Zamanuddin Jusoh 
 bhnews@bharian.com.my 
2011/06/11

Jun 22, 2011

PENDAKIAN BUKIT BROGA, SEMENYIH

19 June 2011 - Planning mendaki Bukit Broga ni muncul secara tiba-tiba aje...Kami sekeluarga tidak pernah mendaki kecuali suami memang dah selalu mendaki....Kami anak beranak termasuk ler baby 9 bln pun turut sama...perasaan kami mmg teruja.....Selepas subuh kami bergerak...kami berharap kami adalah orang yg terawal sampai di lokasi Bukit Broga tu...tp bila sampai aje...fuhhhhh ramainyer orang...ada yg baru nk mendaki dn ada yg dh turun.....hai ingatkan kami yg sampai...almaklumlah kami belum pernah sampai ke Bukit Broga ni.....tapi memang seronok. Kata suami kalau hendak mendaki gunung, so buat training kat Bukit Broga ni kerana di sini mental dan fizikal diuji.

Kaki Bukit Broga.... 1.7 Km

Pendakian bermula
Inilah babyku yang turut serta dalam pendakian ini....

Pemandangan dari atas Bukit Broga
Inilah cabaran yg paling getir...letih mmg letih ...tp kerana semangat teruskan jua....
Gembira tawa baby ku...tiada byk ragam
Memotivasikan anak2 yg dah kepenatan.....Papanya bersungguh2 agar anak2 tidak   putus semangatnya
Tinggal suku lagi pendakian untuk sampai ke Puncak Bukit Broga
Inilah dia Puncak Bukit Broga


Kami sekeluarga berasa amat gembira.....Pendakian telah berjaya, walaupun ini adalah pertama kali sy dn ank2 melakukan pendakian. Insyaallah kalau diizinkan Allah swt kami akan mendaki lagi bukit ini dan menyambung terus pendakian ke Gunung Tok Wan lagi 3.1 Km.  Saya rasa ini adalah riadah keluarga yg paling menyeronokkan di samping kita sihat secara tidak langsung kita boleh memupukkan fizikal dan emosi yg mantap untuk ank2 kita. Insyaallah.

Jun 10, 2011

Can you spell SPACE? That's what Exora has! Now you can have road trips in full comfort. Try today! #allaboutexora

Can you spell SPACE? That's what Exora has! Now you can have road trips in full comfort. Try today! #allaboutexora

Jun 9, 2011

TESTIMONI KHALL DATES CIDER (from youtube)

Jun 8, 2011

TESTIMONI PENGGUNA KHALL DATES CIDER

Apa kata mereka?

Pak ngah Basri , Pengasas , Mengamalkan Cuka
Kurma lebih 4 tahun . Masalah Jantung saya makin
baik dan kini dapat memberi perhatian yang terbaik
kepada kehidupan . Perasaan murung sebelum ini
menjadi ceria dan lebih berkeyakinan..
Alhamdullilah...


Roziah Binti Mat Esa , 52 Tahun , Batu Gajah , 
Perak. Saya mengalami masalah gastrik 
selama 4 tahun. Pelbagai produk kesihatan 
yang saya telah gunakan namun masih tidak
membantu mengurangkan masalah gastrik saya. 
Apabila mengikuti rancangan tajaan di Perak fm 
yang menceritakan tentang Khall  yang boleh 
membantu mengurangkan pelbagai masalah 
termasuk Gastrik lalu saya terus mencubanya.
Dalam masa 2 minggu menggunakan Khall 
Dates Cider, saya dapat rasakan masalah 
saya makin berkurang . Selain itu , saya juga 
mengamalkan Jus cantik dan hasilnya kulit 
semakin tegang dan halus walaupun diusia 
50 an...Alhamdulillah...

Fatin Amirah Binti Jamaluddin . Pelajar UiTM 
Jurusan Fashion Design. Saya telah 
mengamalkan khall dan Bioprune junior.
Badan rasa segar dan cergas, boleh 

berfikir walaupun dalam keadaan penat. 
Tenaga maintain , kerja design lebih mudah 
disiapkan kerana idea datang dengan
mudah. Syukur...........


PENGGUNA JUS CANTIK ( JC )
Norizan Binti Sidek , 37 Tahun , Marang ,
Terengganu .Alhamdulillah ,Setelah menggunakan
Jus Cantik saya begitu berpuashati kerana
merasakan ianya amat berkesan terhadap diri
saya. Kini,saya tidak perlu lagi menggunakan
panty liner selepas mengamalkanJus Cantik ,
masalah keputihan juga dapat diatasidengan
mudah. Kulit makin cerah berbanding
sebelumnya ,tenaga makin bertambah , tidak
mudah mengantuk dan lapar seterusnya banyak
membantu mengamalkan diet yg baik.
Alhamdulillah , kulit wajah semakin berseri...
Ia amat berbaloi..


PENGGUNA BIOPRUNE JUNIOR
Nur Azila Ilhami Binti Zun , Perak , 14 Tahun ,
Sekolah Menengah Sains Bagan Datoh . Saya
bersekolah di sekolah asrama , aktiviti sentiasa
padat , mudah letih dan kurang penumpuan...
Ibu memberikan saya Bioprune Junior sejak
awal Oktober 2010 , kesannya amat ketara...
kini , saya amat bertenaga dan daya tumpuan
semakin fokus...segala yang diajarkan mudah
difahami dan diingati...Saya akan mengesyorkan
kepada semua rakandi sekolah saya agar
semua cemerlang dalam pelajaran....Moga
prestasi saya menjadi lebih baik dari sebelum ini....
Alhamdulillah...


PENGGUNA BIOPRUNE NATURAL
Salmiah Binti Shuaimi , 40 Tahun , Perak .
Alhamdulillah , saya telah mengamalkan
Bioprune Natural semasa mengandungkan
anak yang ke-4..Ingin saya kongsikan pengalaman
saya semasa melahirkan anak ke-4 , saya
merasakan satu pengalaman yang amat berharga.
Kurang rasa lemah badan , sentiasa bertenaga ,
kurang rasa lapar dan amat bersyukur dengan
keringanan yang Allah berikan semasa proses
melahirkannya. Bayi juga dalam keadaan
yang baik...Saya amat mengesyorkan semua
ibu-ibu  yang sedang mengandung boleh
mengamalkan Bioprune Natural  untuk
kebaikan anda dan bayi yang
bakal dilahirkan...



















Jun 6, 2011

SUSU BIOLAC

SUSU BIOLAC - 500 GRAM (RM23)




Merupakan serbuk susu dari susu yang dipasteur, mengandungi kombinasi khas garam tisu Biokimia.


Keistimewaan tambahan garamtisu biokimia:

Kesuburan, pertumbuhan dan perkembangan fizikal, emosi dan mental
Kecergasan dan kecerdasan
Mencegah gangguan kesihatan, demam, selsema, batuk dan ruam
Menyihatkan kulit dan rambut, menguatkan tulang dan gigi
Membuang bahan toksik dalam badan
Membaiki penghadaman
Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan


Cara makan:

Dibancuh dengan air panas atau air suam


Cara menyediakan:

Masukkan 3 sudu yang disediakan (30gm) Biolac dalam bekas. Campurkan 200ml air masak suam. Kacau hingga sebati. 3-4 jamuan sehari adalah mencukupi.

Cara simpan:

Tutup ketat, simpan ditempat sejuk dan kering


Susu Biolac boleh membantu:- 


Mencerdaskan Akal

Dengan kebaikan fosfat-fosfat kalsium dan magnesium, Biolac membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak. Sentuhan antara sinaps (sinaps aksosomatik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki. satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. menurut Prof Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur jika dibandingkan dengan orang kurang bijak.

Menguatkan Ingatan

Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingat membawa kepada masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi makanan adalah untuk menguatkan. Kajian yang telah dilakukan oleh Dr Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan. Tetapi berdasarkan analisis Prof Dr Azizan Hj Ismail, tiga garamtisu biokimia sudah memadai iaitu kalsium fosfat, kalium fosfat dan magnesium fosfat. Rumusan istimewa kalsium fosfat dan magnesium fosfat terkandung dalam khasiat-khasiat penting Biolac.


Menambah Tenaga Mental

Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali daripada tindakbalas kimia, sama seperti “rechargeable battery”. Tenaga kimia yang terhasil dan tindakbalas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia. Dr David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa disertai dengan khasiat-khasiat bahan kimia tertentu seperti kalsium, kalium, magnesium dan fosforus.

Jun 3, 2011

KHALL DATES CIDER

Botol - 300 ML- RM55.90 (S/M)   




20 Sachet - RM45 (S/M) 




                                        


Dengan gabungan Khal (Cuka Kurma), Madu, Habbatussauda', Kismis dan Minyak Kelapa Dara

APA ITU KHALL?
KHALL merupakan istilah dalam Bahasa Arab yang bermaksud suatu bahan daripada buah-buahan seperti tamar ( kurma ), epal, anggur, dan tin ( fig ) yang disimpan atau diperam dalam jangka masa tertentu. Ia bertukar dalam beberapa bentuk seperti:
Khall Dates Cider yang dihasilkan oleh MB Global Marketing ini diperbuat daripada buah tamar muda. Ia merupakan satu bentuk minuman kesihatan badan yang dicampur dengan habbatus sauda', kismis , madu dan minyak kelapa dara di mana ia penting bagi mencapai kesihatan dan penyembuhan yang maksimum.
KENAPA KHALL DIPERLUKAN OLEH TUBUH BADAN?
KHALL dapat memotong lemak, kolestrol, asid-asid yang tidak diperlukan oleh badan ( menstabilkan asid di dalam badan ), garam yang berlebihan yang membawa pelbagai penyakit berbahaya. Ia juga kaya dengan kandungan potassium bagi membantu mengekalkan keremajaan dan kaya dengan vitamin seperti vitamin C, E, B1, B6, beta-karotena dan vitamin P ( bioflavonoid ).
PENJAGAAN BADAN SECARA SEMULAJADI
KHALL dapat membantu serta mengawal dan mengimbangkan berat badan ( obesiti ). Di samping itu, ia dapat mempercepatkan proses awet muda, badan yang cantik, keremajaan kulit di muka, melambatkan proses penuaan dan membuang lemak di perut. Ia juga membuatkan kulit kelihatan sihat, melegakan kulit yang kelihatan terbakar terutamanya di muka, tangan dan bintik-bintik hitam di kulit muka.
Selain itu, KHALL juga dapat membantu membuangkan kolestrol dan lemak di dalam badan terutamanya pada sistem usus di perut, lemak di saluran jantung dan buah pinggang, membaiki fungsi buah pinggang dan lemak yang berlebihan yang boleh membawa pelbagai penyakit dengan cara memulihkan sel-sel organ badan.
KHALL DAN MADU
Produk KHALL dicampur dengan madu. Ianya dapat mempercepatkan tindakbalas kesihatan badan serta penyembuhan pelbagai penyakit. Madu lebah juga adalah merupakan penawar yang diturunkan oleh wahyu.